KEK DORA >>

Ya -allah aku bersyukur , diberikan kesihatan yg baik & dapat menyiapkan tempahan kek dari regular cust Kak azizah ...kek besau punya untuk si puterinya " SOFINA " untuk meraikan besdaynya yang ke 6 tahun di tadika bersama2 kawannya .. sambil makan kek baca ABC ya..hihi


KEK COKLAT MOIST

- Idible Image dora
- ganache Chocolate
- buttercream + Fondant
2 kg ++


TQVM

Lagi2..Tiramisu,sedapkan..

Sedap nama airis & airin , sesedap kek tiramisu ini..order dari kak safizah dari IKM PEKAN..
anak2 kak fiza suka kek ini , sebab katanya ala2 aiskrim gitu , untuk kak fiza tq selalu berurusan dengan saya ...

TIRAMISU CAKE
1.5 kg
100 % cheese cream


TQVM

Tiramisu !!!

Panas2...Tiramisu kek dalam bekas tupparware ni di tempah oleh Anita dari kuantan,yang kebetulan pergi ke rumah mak saudara  & terlihat kewujudan tiramisu di blog saya , anita pakat2 dengan kawannya,ibarat kongsilah ya .. insyaallah mggu depan anita mau order lagi ..alhamdullillah..



TIRAMISU CAKE

- 100% cheese cream
- 500 gm
- RM 25
( minima order 3 bekas )


TQVM



Kek dora ..

Di tempah oleh Laila Trading ( tokey jamu tau )
Stokis Eng hong & di Pekan
Sebenarnya laila nak celebrate besday anaknya , pada 1hb 5 ..tapi tak jadi di sebabkan masalah yg tak dapat di elakkan ..so tunda kek hari lain..
ni tahun ke dua laila berurusan dengan saya.

KEK SPONGE PANDAN

filling blueberry
2 kg
Buttercream + Fondant + edible image Dora
RM 75


TQVM



MUFFIN MARBLE CHIP

Muffin Marble Chip
- 50 biji
Order oleh Kak Nita
- Kampung Banjir Pekan


TQVM



Hmm..Kek Karemal

Ditempah kak Biah dari keramat , Kuala Lumpur ,jauh kek ni berjalan & tak sampai rumah kek karemal ni dah bersih ..insyaallah kak,balik Pekan roger2 ya..


KEK KAREMAL
- 1.8 kg
8"
- karemal / puding yg tebal
RM 38.00



 ( feedbacak kak Biah )

TQVM



Harga kek 2012

Beberapa pilihan kek untuk anda... Sekiranya terdapat kek yang tidak tersenarai, sila hubungi kami untuk harga. Kami cuba menepati citarasa dan kebersihan dijaga sepenuhnya ...
- telur yang dibasuh
- Bahan-bahan yang berkualiti
- menggunakan mentega berkualiti (pilihan kami buttercup)
- yang penting halal ya :D
- Fresh dari oven 


Tiramisu Cake ( HOT )
loyang 7"
topping 100% cheese
berat 1 kg ++
RM 40
** tambahan harga untuk hiasan / deko
**tambahan edible image RM 15



*****************************



Kek Coklat Moist ( HOT )

loyang 8"
topping coklat ganached plain
berat 1kg++

RM 35

** tambahan harga untuk hiasan / deko 
** tambahan edible image RM 15



******************************



Cheese Cake
loyang 8''
plain
berat 1kg++

RM 38

** tambahan harga untuk hiasan / deko
** topping ( blueberry / strawberry )
** tambahan edible image RM 15


***************************



Kek Layer Pandan
loyang 8"
Plain
1.5 kg ++
RM 40




** tambahan harga untuk hiasan / deko

** topping ( blueberry / strawberry )

** tambahan edible image RM 15




**********************

Red Valvet Cake

loyang 7''

Cream Cheese topping

berat 1kg

RM 45

**tambahan harga untuk hiasan / deko
**tambahan edible image RM 15


****************************

Butter Cake

pelbagai perasa
loyang 8''
plain
berat 1kg++

RM 35

**tambahan harga untuk hiasan / deko
**tambahan edible image RM 15


******************************
KEK MARBLE
pelbagai rasa
loyang 8"
plain
berat 1 kg
RM 35
** tambahan harga untuk hiasan / deko
** tambahan edible image RM 15


*************************


Karemal Kek ( HOT ) 

pelbagai perasa
loyang 8''
plain
berat 1kg++

RM 38

**tambahan harga untuk hiasan / deko
**tambahan edible image RM15


******************************

Para pelanggan yang dihormati, harga yang disenaraikan mengikut perubahan harga semasa. senarai ini adalah yang terkini dan untuk pengesahan sila msg/call/emel ya :D

*****Kami menjaga kualiti setiap keluaran produk ******

THANK YOU SO MUCH FOR YOUR SUPPORT




Announcement / perhatian

Assalamualaikum .. harap maklum , mulai bulan 6/jun perubahan harga kek , tart & seangkatannya akan berubah...Saya terpaksa menaikkan harga bukannya nak demand ..hihi..Tapi disebabkan kenaikkan harga bahan - bahan kek di pasaran ..sekiranya ingin tahu lebih lanjut email - diahzam.gmail.com , telefon @ sms saya 010-3174567..terima kasih..




**************************************

TEMPAHAN TELAH DIBUKA


( ehsan google )

Selamat pagi kekawan - kawan , jangan lupa senyum ya .. Nak bagitau , Tempahan telah di buka semula..saya hanya mengambil tempahan kek saja .. untuk tempahan yang selain kek akan di pertimbangkan ...Sekiranya anda berminat untuk menikmati hasil air tangan saya ...segeralah telefon @ sms di talian hayat 010 - 3174567 ...harap maklum , terima kasih.




********************

Alhamdullillah..syukur ya-allah 2

Assalamualaikum ..apa khabar semua,harap teman2 sentiasa sihat ..alhamdullillah dapat juga bersiaran disini..aduhai nk menyambung part 2 kisah saya , pun amik masa seminggu...al-maklum bila ada baby kecik ni semua keja & On9 dengan teman2 terbatas sikit ...ape2 pun yang penting kita dulukan hal anak2 & family..bila dah settel baru aman nk ber N3...

PART 2

Bila dah berbincang dengan suami & doctor .. saya pun amik keputusan yg sememangnya berat hati ini ..tapi demi anak dalam kandungan saya redha ..tengahari 12.3.2012 saya di tahan di wad bersalin hspt Kuantan selama 2 minggu & bersalin kerana tarikh untuk C-zer saya & suami tetapkan pada 22.3.2012,bestkan kalau opret dapat pilih tarikh sendiri ,melainkan ada kes2 tertentu saja..kat wad tu ramai jugak senasib dengan saya ...

Saat yang paling sedih bila anak2 & suami nak pulang ke Pekan , air mata dah kuar laju ni , dah tak hiraukan orang kat sebelah & yang lalu lalang..ada aku kisah..hihi..bagi meredakan keadaan,saya  suruh suami balik cepat & tak payah salam..( bukan kehendak saya,tapi saya dah teresak-esak menagis bagai kena rasuk..sedih tgk anak2 )
selamat tinggal semua..cori ya gambar lama , tak tahu mana suami letak pic2 family yg terbaru, ialah lama dah pegang pc..

Ketika ketiadaan saya , anak2 telah di jaga Ibu mertua saya iaitu Puan Zubaidah ...Terima kasih mak... mak & ayah saya telah kembali kepada peciptanya ..Al - Fatihah untuk Ayahku Abd.Rahman bin Damat ( 2007 ) Ibuku Ngatimah binti Sulaiman ( 1997 )..rindu sangat2 kat arwah..

Biasalah bila dok hspt , boring rasanya , tak tahu nak buat aper , makan tido jelah,makin kembang badan dibuatnya...tapi yang best dapat ramai kenalan, kalau dapat satu kepala sama dgn kita..huru hara dalam wad..macam2 cerita dikongsi bersama..bila saya dok umah tangan ni tak gheti dok diam ,ada je yg nak dibuatnya... alhamdullillah dapat gak saya menyiapkan set keperluan untuk anak yang bakal lahir..nak tengok tak hasilnya , sambil2 tu saya jual jugak set bantal / tilam bayi pada yang berkenan..

Taraaa..Cantik tak..
13.3.2012
Malam tak dapat tido pun,ingat kat anak2 & suami , nak pagi baru dapat lelapkan mata , tiba-tiba nurse datang..puan bangun nak check tekanan darah...semua ok!!!syukur..
dalam kol 8.00 pagi , duduk sambil bersantai atas katil baca newpaper , aduhai naper lak perut ni jap2 mengeras ,jap2 ok..baik tido,hilang sikit kegusaran...dalam kol 10 pagi datang lagi nurse..puan bangun nak check tekanan darah..bila masa ya dapat tidoq yang sempurna..biasalah dah tugas diaorangkan .. alang2 nurse dah ada kat sebelah , saya pun tanya tentang masalah saya ..Peh !! terkezuttt giler misi tu ...Macam2 dia tanya balik kat saya..start kol bape mengeras,lama tak mengeras,paling lama kol baper..bla..bla..bla..misi tu bincang sesama mereka & tup2 doctor pakar 2,3 orang datang ..Pas scan doctor pun berbicara " Puan badariah 'suami awak kat mana & saya ada hal nak bincang dengan .. aduh suspen dibuatnya , air mata memang tak dapat tahan , sampai misi dok lelapkan air mata ..bestnya di layan seperti permaisuri..hehe
Suami saya ada kat umahlah ...berdezuss doctor tepon suami saya ....Doctor mai semula ...Puan u kena puasa sekarang , u emengency kes dalam kol 8 mlm kita masuk OT..u kena C-Zer masalahnya  perut mengeras yg u alami tu tanda2 u nak bersalin , tapi laluan untuk bersalin normal 80% , tu pun doctor tak pasti...kematian kes macam u penah terjadi , blending yang terlalu banyak..walaupun uri u dah naik , bagi menyelamatkan u & baby u kena C-zer ..segala persetujuan aku yang tandatangan , memandangkan suamiku masih berada dipekan..nak tunggu sampai & uruskan segalanya memang tak sempat...Aku redha & terus tepon suami minta halalkan semuanya & ampunkan segala dosaku...
Seluruh tubuh ku dibalut wayar , tang tangan kedua2 di cucuk , kiri utk masukkan ubat , kanan pulak sekira berlaku blending darah terus dimasukkan,dua beg disediakan..
Sepanjang aku diserong ke OT airmata mengalir & mulut tak henti2 berzikir,apa saja doa ku baca ..harap semuanya selamat , tapi sedih sikit , sebab ketika ini saya berseorangan tanpa suami disisi ...

Alhamdullillah sebelum tu,saya dah penuhkan panduan & penjagaan dalam diri sekiranya saya bersalin opret ..tengok Youtube lagi..hihi..ngeri yang teramat sangat..bila diri sendiri yang alami lagi ngeri...
Tenkiu untuk teman bloger & teman Fb PAE FAIZAH yang amik berat ke atas saya , tak lupa memberi kata2 semangat & postkan panduan & tip2 pada saya..
Kisah masa saya di opret tak dapat saya ceritakan , sebab terlalu ngeri bagi saya ..tu pandangan saya..kalau nak tengok g youtube..hihi
Alhamdullillah..saya bersalin pada 13.3.2012,segalanya selamat , saya & baby dalam keadaan sihat , berita gembira terus disampaikan pada suami & keluarga di kampung..Untuk kawan2 yang menziarahi saya di rumah & hospital kuantan berbanyak2 terima kasih ..Untuk suami & Mak Mentua & keluarga di Johor ,Tq2 atas sokongan semua & sanggup datang melihat adiknya ..(pecah tradisi sayalah org pertama bersalin opret dalam keluarga saya)....
Selesai sudah ....

Alhamdullillah , Syukur Ya-Allah


MUHAMMAD ZULHELMI

Assalamualaikum & selamat sejahtera..Alhamdullillah diberi peluang & kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T , rindu kat teman2 & yang penting tak sabo nak mengekek kembali , bila dah sihat dapatlah saya N3 citer orang baru dalam family saya..Maaflah ya , N3 ni dah lama dah basi pun,tapi baru ni saya Up date kat sini ..

Alhamdullillah , saya selamat bersalin baby boy pada 13.3.2012 ,berat  2.6kg , jam 9.01pm di hospital kuantan melalui keadah C - Zer , huhu ..Ngerinya & sedih..Apa - apa pun semua dah selamat ..terima kasih ya - allah & anak saya yang bertuah ini telah diberi nama Muhammad Zulhelmi bin Zamri ..sekarang usianya 50 hari .. disebabkan pantang bersalin C-zer mengambil masa yg panjang , jalan pun masih pelan2 ..tapi saya dah sihat & tak sabo nak N3 kisah duka & gembira saya bersalin anak yang ke 4..terima kaseh pada kawan2 & family  yang mendoakan kesihatan saya ...


wajah kekasihku ...mana rambut saya !!!! helmi lahir memang rambut x de lah...
( ketika usia 3 hari )


nyenyak tido..biasalah bayi baru lahir ..sentiasa tidoq..kang malam berjaga..kan2..masa ni kudrat mak nya,tak berapa bagus sangat , al-maklumlah C-Zer , tapi kerana anak & ketika ini suami tersayang datang melawat..terpaksa gagahkan diri ..kalau baring pun tak berapa bagus untuk peredaran darah,lagi2 yang kena C-Zer...kang kalau tak bangun tak boleh balik tau..tu kata nurse kat wad...huhu
Masa ni urine saya tak di bukak lagi , susah sikit nak bergerak ..aduh nak pakai & cabut , ya-allah sakit yang teramat sangat ..nak menagis dibuatnya .. barulah tahu pengalaman ibu2 yang bersalin opret , satu pergorbanan yang sungguh murni demi menyelamat 1 nyawa..

Ramai yang bertanya menghantar sms , message inbox di Fb , email & telefon ( peh !! mcm artislah pulak) bertanya di manakah saya & lama menyepi..maaaflah kawan2 tak ada niat dihati ingin main sembunyi2..hihi..tapi saya ingin menenangkan fikiran sebentar..
siapa yang tak gembira , akan menerima orang baru dalam keluarga..suka sangat2 tau..tapi dalam usia kandungan 16 minggu kandungan saya disahkan placenta Previa -PP type 2/3 @ dalam bahasa melayu Uri Bawah ...ketika itu sedih teramat sangat ..saya kurang mengambil order kek & saya jadi muram,sebab terlalu memikirkan masalah itu..pas tu kes saya terus ref di hospital kuantan,setiap bulan kena scan..walaupun orang kata ia masih awal & boleh naik semula... tapi saya & suami tak duduk diam , iktiar jugaklah ..yang penting Doa & tawakal kepada ALLAH ,saya minta air penawar kat Ustazah  & suami saya baca yassin tiap2 malam ,air yassin tu saya minum sambil diusapkan di perut & niat lah ape hajat kita & saya amalkan doa nabi yunus
"Lailahaila anta subhannakaini kuntumminazalimin"... Alhamdullillah uri saya naik type 1 ,bila scan 8 bulan & boleh bersalin normal ..sesungguhnya allah mendengar doa hambanya..amin

walaupun masalah saya dah selesai , bila dah ada kes tetap kena g hospital kuantan untuk check up seperti biasa ..so 12.3.2012 g lah hospital kuantan , bila turn saya ..alhamdullillah kali dapat doktor pakar yang terlebih pakar..sebelum ni doktor pakar jugak tapi yg muda2.."Puan Badariah U harus di warded arini " aduh nak meraung rasanya ,dalam kepala fikir anak2 kat umah , saper nak jaga , makan pakai diaorg macamana.."aritu doc kata Uri saya dah naik PP type 1 , sekarang ape masalahnya doctor" ni saya tgh nagis tau..huduh rupanya.." Baby U tak turun di tempat sepatutnya ,seperti ada sesuatu yg menghalang,yg tu I tak dapat pastikan , nanti I & team I pantau U & demi untuk menyelamat nyawa U & baby U , U kena dok hospital sampai U bersalin..I takut U blending..jarak ke pekan ke kuantan jauh , I tak amik risiko , U patient I..ketika ini saya betul2 sedih menagis dgn lebatnya / suami pun turut sedih & tak mampu berkata ape2....

*** NANTIKAN SAMBUNGANNYA ***

saya stop mengekek !!!

Assalamualaikum pada teman2 & pengunjung yang sudi menjengah dapur saya ...baru ini berkesempatan Update blog , tu pun kerana terpaksa ...hihi ,lama dah nak  buat N3 pasal saya ingin stop membaking !! tapi keadaan masa mebataskan & ketiadaan laptop pun ya juga ...ni suh en.suami bawa balik laptop dari office ..pinjam jap je..

Saya akan stop mengekek buat sementara waktu je..hehe..suspen ya,kenapa & mengapa ek !! ce teka..x pe lah,biar saya citer ya...

alhamdullillah , nak tambah ahli baru dalam keluarga , insyaallah bulan depan bersalin , sekarang dah 32 minggu & atas nasihat doctor saya kena stop mengekek awal kerana ada masalah sikit ...minta jasa kawan2 doakan saya  & baby saya selamat ya ...

 Ya allah,jika inilah ketentuanmu untukku,aku redha ya allah..aku bermohon padamu ya-allah,kau kuatkanlah imanku ini dlm mnempuh segala dugaan yg datang darimu,kau lindungi ahli keluargaku & kau makbulkan doa ku ini, sesungguhnya Kau maha berkuasa dlm menentukn segalanya..amin

Insyaallah , kalau di panjangkan umur & dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik , saya akan mengekek kembali & saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang selama ni memberi support di Ole - Ole Summer Cake's Pekan ....& saya ingin memohon beribu2 kemaafan sekiranya ada yang berkecil hati @ kesalahan yang tak di sengajakan sepanjang saya berblog ...TQVM

Kek karemal tunang...

Kek istimewa ini di tempah oleh Puan Rosni dari taman mentiga pekan ...kak rosni mahukan 2 biji kek karemal untuk hantaran tunang & 1 lagi untuk di jamu pada tetamu ..terima kasih untuk kak rosni sekeluarga sentiasa berurusan dengan saya ...



SELAMAT BERTUNANG SYAZANA & NORHAFIPI
&
TQVM

Kek Coklat Moist


Kek Coklat Moist
topping :coklat ganache
deko : buttercream
1.5 kg
Order : Puan Nolly


TQVM

Tiramisu lagi !!!!


Tiramisu Cake
topping : 100 % Cream Cheese
deko : homemade chocolate + buah ceri
1.5
Order : Puan Yati
from : Taman Perdana Pekan


TQVM

Kek Coklat Moist



KEK COKLAT MOIST
topping: Chocolate Ganache  + Image BOBOBOI
Deko : buttercream
1.5 kg
Order by : Puan Nor Azizah
From : Taman mentiga pekan


TQVM

kek untuk aliff



KEK COKLAT MOIST
Topping : chocolate ganache + badam keping + buttercream
1.5 kg
Order : Puan Nurul
from : Taman Jambu Pekan



Tqvm