DOORGIFT
MUFFIN


A :  " Flat Casing " siap isi - RM 0.80
( " Flat Casing " siap isi & riben -RM 1.10)

B : dalam plastic wrap siap isi & bunga sekuntum - RM 0.80

C : dalam plastic wrap siap 2 biji muffin - RM 1.40

D : " Casing Dome " siap isi & riben - RM 1.30

( Design / hiasan / perisa boleh request )
( perisa : muffin marble , Pandan , coklat chip )

( order 100 ke atas di beri diskaun )


MUFFIN
( filling blueberry / stawberry )
A : Dome Casing siap isi - RM 1.50
B : dalam plastic wrap - rm 1.00
C : Flat Casing - RM 1.30

- Flat Casing siap isi
- Harga : RM O.80
- Minima oder 50 biji
( perisa boleh request )

( untuk oder 100 biji ke atas ada diskaun )

********************************************************************************
***************************************************
DOORGIFT
APAM DOT...DOT

- Dalam plastic wrap 3 biji
- Harga : RM 1.1O

- Casing dorm siap isi 3 biji & riben
- Harga :RM 1.50

- Bekas mini siap isi 3 biji
- Harga : RM 1.30
DOORGIFT

Pelbagai doorgift ada disini..ia sesuai di jadikan Ole2 untuk tetamu dalam majlis - majlis perkahwinan , harijadi ,kenduri cukur jambul , jamuan sekolah ,khatam al - quran & sebagainya..pilihlah mana yang berkenan di hati..

COKLAT MOIST
- Harga : RM 2.20
 -Casing dorm / deko boleh request
- Minima oder 30 biji

- Harga :RM 1.50
- Tapawe mini
- Minima oder 30 biji

- Harga : RM 2.20
- Casing dorm / deko boleh request / edidle image
- Minima Oder 30 biji





MUFFIN PANDAN MUDAH

Ni kes terlampau rajin...kasi putar muffin 2,3 jenis..hihi..bukan aper , saudara dari kuantan datang ke rumah..dan minta pulak permintaan nak belajar muffin , hai mengenangkan sedara lah aku pun onn..hehe..bahan2 semua kak Lah yg bawa..dia pun suruh perabihkan (senang tapaw bawa balik ..hihihi ) , tu yg buat 2,3 jenis..nak  ambil gambar masa membuat muffin pun kak Lah tak bagi..malu katanya...x pe lah korang layan jer resepi & gambar muffin seketul 2 ni ya...Muffin pandan ni tersangat lah mudah nak buat tak payah pakai mixer...percaya tak..hihi


RESEPI MUFFIN PANDAN MUDAH
( sumber :Puan Rohaya Abd.Rahman..tq kak)

Bahannya :
  • 240 gm tepung gandum (saya guna 220gm )
  • 140 gm minyak masak
  • 150 gm susu segar
  • 110 gm gula pasir (saya guna 100gm )
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh paste pandan /nak gelap tambah pewarna hijau
  • 2 biji telur
  • sedikit badam 
Caranya :
  1. Satukan minyak,susu segar,paste pandan,gula hanya pakai whisk kacau bagi gula hancur & masukkan telur & kacau sebati.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Tuangkan adunan minyak dalam tepung & kacau hingga tak berketul & sebati..
  4. masukkan dalam cup 3/4 penuh & taburkan badam @ ikut suka nak bubuh apa..
  5. Bakar 20 minit suhu 180" @ ikut oven masing - masing.

SELAMAT MENCUBA...

MUFFIN MARBLE

Terlambat nak N3 resepi Muffin Marble kat sini....Buzi ler,dengan ada masa ni & teringat terus aku uplond pic
kat blog yg indah ini,hihi... ramai peminat dengan muffin marble ni tau,...oklah jom kita layan resepinya..

 

RESEPI MUFFIN MARBLE
( sumber :Puan Ruhaya Abd.Rahman...tq kak )
  • 100gm butter
  • 120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,kalau pakai tpg ni tak bubuh baking powder
  • 1 sudu teh baking powder *
  • 80gm gula halus
  • 60ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh paste coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
Cara - caranya :
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
  3. Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
  5. Bahagi 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste coklat & kacau bagi sebati.
  6. Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
  7. Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

Taraaaa..ni lah hasilnya..Kalau rajin buatlah sendiri..Kalau tak rajin,mehlah oder..hihi

@@@@@@@@@@@@@

CHEESE CAKE order oleh Kak Hana dari Kampung Banjir Pekan


tqvm from Badariah Delights

PIZZA HUT SOSEJ AYAM

Arini buat pizza atas permintaan anak - anak.."biler mak nak buat PIZZA HUT.."demi anak aku gagahi diri ini..lagi pun arini free..maknya pun lama sudah tak makan pizza..hihi..tgk barang pun semua cukup..alhamdulillah,lagi semangat lah nak membuatnya...jom mari kita lihat apa bahannya.....


Doh pizza yg dah mengembang & boleh bubuh sos nya...


Bakar 20 minit-180" & keluarkan & taburkan cheese & sapukan sedikit butter diatas doh supaya berkilat...Bakar semula dalam 8 minit..


Taraaaaaaa..nilah hasilnyaaaaaa..yummy2


Ada macam PIZZA HUT tak...Terliur ker...hihi
Kalau terasa nk buat..di sini ada resepinya...cubalah.

Bahan A :
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung (amik anak punya,ok jer )
1/2 sudu teh bread improver ( pemantap roti )
1 sudu besar butter

Bahan B:
1 1/2 cawan air suam
1 sudu teh gula
1 1/2 sudu besar yis mauripan
- Campurkan gula dalam air suam panas,kacau sampai gula hancur & masukkan yis,gaulkan & biar ia mengembang & berbuih.

Caranya :
1. Campurkan tepung , susu tepung , garam & butter & telur gaul menjadi seakan serbuk roti.
2.Kemudian masukkan air yg dicampur yis tadi dalam tepung..masukkan sedikit demi sedikit  uli sehingga jadi doh yg lembut (biarkan 40 minit  & tutup doh gan kain lembab.)  
3.Setelah kembang tumbuk doh tadi utk menghilangkan angin.
4.Kemudian uli semula & canaikan doh & masukkan dalam acuan pizza.
5.Tunggu doh naik dalam 10 minit & bakar bersama sos nya 20 minit - 180"
6.Keluarkan pizza & Taburkan cheese Kraff @ keju Mozarella & sapukan butter atas doh supaya berkilat...
7.Masukkan semula dalam oven & bakar sampai keju cair.

Bahan Sos :
1 cawan daging
2 batang sosej
   sedikit isi ayam
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
     sedikit sayur campuran &
     sedikit garam & gula

Caranya :
1-Racikkan bawang merah & bawang putih & tumis .
2-Masukkan daging & isi ayam & sos cili & sos tomato & gula,garam..kacau hingga sebati & masak. ( 8 minit & kalau boleh tapiskan sosnya kerana sos ni berair )
3-Boleh bubuh atas pizza & letak sosej & sayur campuran..masak dalam 20 minit & keluarkan pizza utk taburkan cheese..bakar dalam 8 minit..

SELAMAT MENCUBA.





RESEPI TART TELUR



Bahan Kulit tart :

40 gm butter
40 gm majerin
35 gm gula halus

1 biji telur
135 gm tepung gandum
      sedikit esen vanilla
- Gaulkan semua bahan..pakai tangan saja,sampai sebati & sekata.
- Tekan doh dalam acuan & tekan pakai jari.
- Bakar doh selama 20 minit & sekiranya ingin membuat kulit tart sebagai stok..hendaklah di bakar lama sedikit & bakar betul-betul masak sekata.


Bahan Filling Telur :
( sumber : http://zaidahluqman.blogspot.com/ )

1 Tin Susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Biji Telur A
Sedikit P'Kuning

CARA :
1- kacau gula dengan air suam sehingga hancur.
2- kemudian masukkan bahan yg lain..kacau hingga sebati. & kemudian tapiskan.
3- tuang ke dlm kulit tart yg siap di bakar & bakar semula 20 minit - suhu 180 mengikut oven masing

SELAMAT MENCUBA...

PUDING OREN KAREMEL TANPA TELUR

Puding lagi...hihi..sama jer dengan resepi puding karemel tanpa telur cuma di tokok tambah..jom kita layan ....


PUDING OREN KAREMEL TANPA TELUR
( sumber asal :http://www.myresipi.com/ )

Bahan A :
4 sudu makan gula
3/4 cawan air
( masakkan gula dengan api yang kecil,sentiasa di kacau, bila keperangan,padamkan api & masukkan air..& tuang dalam acuan )


Bahan B :
1 bungkus agar - agar serbuk
4 cawan air
5 sudu gula


Bahan C :
1 tin susu cair cair ( masa aku buat pakai susu segar UHT - 350 ml,nak abiskan stok )
2 sudu nakan tepung kastard
1 sudu paste oren / lemon
2 sudu teh sunquist
- satukan bahan C kacau hingga sebati,ketepikan.


Caranya :
1 - Buat gula hangus & masukkan dalam acuan.
2 - Satukan bahan B & masak dengan api yang kecil sampai mendidih.
3 - Masukkan bahan C,kacau rata sehingga likat dalam 3 minit,matikan api.
4 - Masukkan dalam acuan sejukkan dalam 2 jam
( makan ketika sejuk...sedappppp )


SELAMAT MENCUBA....

resepi puding tanpa telur

Assalamualaikum semua...terliur tak melihat puding ni...hihi..rasanya banyak2 puding, puding ni lah yang paling mudah bangat & cepat..bahan2 pun senang diperolehi,pada sesiapa yg x suka telur,bolehlah mencuba nya...tapi bila aku try sesuatu resepi memang tak sah kalau menderhaka pada resepi asal..ya minta,di ampun pada tuan empunya resepi...jom mari kita layan resepinya...



PUDING KAREMEL TANPA TELUR
( sumber :http://www.myresipi.com )

Bahan A :
4 sudu makan gula
3/4 cawan air
( masakkan gula dengan api yang kecil,sentiasa di kacau, bila keperangan,padamkan api & masukkan air..& tuang dalam acuan )


Bahan B :
1 bungkus agar - agar serbuk
4 cawan air
5 sudu gula


Bahan C :
1 tin susu cair cair ( masa aku buat pakai susu segar UHT - 350 ml,nak abiskan stok )
2 sudu nakan tepung kastard
1 sudu esen vanila
- satukan bahan C kacau hingga sebati,ketepikan.


Caranya :
1 - Buat gula hangus & masukkan dalam acuan.
2 - Satukan bahan B & masak dengan api yang kecil sampai mendidih.
3 - Masukkan bahan C,kacau rata sehingga likat dalam 3 minit,matikan api.
4 - Masukkan dalam acuan sejukkan dalam 2 jam
     ( makan ketika sejuk...sedappppp )


SELAMAT MENCUBA....

Cara-caranya membuat Apam Dot..Dot

Ni kira resepi ulang tayang ya....Atas permintaan teman2 ...di sini saya ingin berkongsi sekali lagi resepi Apam dot..dot & di sertai cara2 membuatnya melalui gambar...harap-harap ya dapat membantu sesiapa saja yg nak try...tq juga kepada tuan punya resepi yg sudi share resepi power ini...
                                                                               

BAHANNYA:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus (150 gm saya guna )
150ml susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna ikut suka


CARANYA:
-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.


NOTA:
-Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
-Api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah


Jom layaaaaanzzzzzzzzz...

- Satukan semua bahan2nya
-Putar dengan kelajuan sederhana dalam 8 minit

- Bahagikan beberapa bahagian & bubuh Warna
- Masukkan dalam piping beg @ tempat sos plastic & picitkan dalam cup yg dialaskan dgn bekas lompang.
- dan titik kan dot..dot menggunakan warna yg berlainan


- Kukus dengan api yg sederhana mendidih selama 10 minit
( tudung kukusan hendaklah di balut dgn kain mengelak air jatuh ke atas apam dot..dot )
- taraaaaaa tu lah hasil nya..gebusss & debooom...

Harap teman2 semua faham ya & selamat mencuba..


*****************************************************************
***************************

APAM DOT...DOT

Order dari Kak Anis dari Taman Mentiga Pekan


tqvm from ole2 summer cake

APAM DOT..DOT

Order dari Kak Wani Dari Taman Jambu Pekan


tqvm from ole2 summer cake

APAM DOT..DOT

Order oleh Kak Anis dari Kampung Banjir Pekan


tqvm from oleh summer cake

PUTERI AYU

Order oleh Kak Wani dari Taman Jambu Pekan


tqvm from ole2 summer cake

order

Pizza Mini & Apam Dot...Dot
Order dari Kak Yati dari Taman Mentiga Pekan


tqvm from ole2 summer cake

order

APAM DOT..DOT
Order oleh Kak Su Tanah Putih Pekan


tqvm from Badariah Delights
KEK COKLAT
Order dari Kak Su dari Tanah Putih Pekan


tqvm from ole2 summer cake


*****************************************************************************
Oder oleh Kak Wani dari Taman Jambu Pekan



tqvm from badariah delights


*********************************************************
********************************

Oder oleh Mariyatun dari Taman Jambu Pekan


tqvm from Badariah Delights