KEK BISKUT MARIE

Dah lama aku simpan resepi kek biskut marie ini, tgk bahan2 pun senang,tapi biasalah ada sikit di tokok/ tambah..bila ada kelapangan baru tertunai...hihi...dengan semangat yg ada,..maka terhasilah kek ini...oklah jom kita layan resepinya ya.....


RESEPI KEK BISKUT MARIE
(sumber : saya dapat dari blog kak Hasue,tapi tambah / tolak sedikit bahan2 tertentu,hihi ..minta di halalkan ya )

Bahannya :
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 200 gm mentega
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • Biskut Marie ikut suka bape banyak
  • sedikit badam hancur
Caranya :
  1. Cairkan mentega dalam periuk besar api kecil ya.
  2. Kemudian masukkan susu, milo,serbuk koko,tepung kastard..pakai whisk supaya ia x berketul2..
  3. Masukkan esen vanila & bila sebati & pekat tutup api.
  4. Sediakan loyang 8"bulat...tuangkan 3 sudu besar dalam loyang & ratakan adunannya..
  5. susun biskut marie...kemudian tuangkan 3 sudu besar & buat langkah yg sama sampai adunan habis.
  6. Taburkan badam hancur & badam keping..ikut sukalah ya..
  7. setelah siap masukkan dalam peti sejuk...selama 5 jam..supaya bila dipotong kek dalam keadaan cantik & molek..
NOTA: - Loyang perlu di atas dengan plastik @ aliminium foil..supaya kek mudah di keluarkan..

RESEPI ASAL:
  • 200 gm milo
  • 250 gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • biskut marie
( Anda boleh juga try resepi asal ini...hasilnya tetap sodaaaaaaaap )


*****************************************************
********************

Tiada ulasan: