- Pastikan ketuhar di panaskan 15 minit - 15 minit.
- Gunakan saiz tin yang betul - tidak terlalu kecil & tidak terlalu besar ( paras adunan kek mestilah tidak melebihi 3/4 paras loyang )
- Jika membakar kek , melebihi satu loyang..pastikan tidak di atur terlalu rapat untuk memberi peluang putaran haba yang serata.
- Jangan buka pintu oven dalam 30 minit pertama ketika kek sedang di bakar..jika di buka haba akan keluar & kek menjadi sedikit bantat.
Dibawah ini senarai panduan untuk memastikan kek yang telah masak :-
- Kek span - bahagian tepi kek kelihatan agak mengecut dari loyang.
- Kek mentega - permukaan kek tidak meninggal kesan apabila ditekan dengan jari.
- Kek buah - setelah di uji lidi penyucuk kelihatan bersih
Menyimpan kek
- Jangka masa sebiji kek itu tahan disimpan bergantung kepada beberapa faktor..
- Kek yang beraising tahan lama disimpan dalam peti sejuk.
- Kek yang menggunakan lemak yg banyak pun tahan lama.
- Kek buah pula elok di balut dengan kertas minyak @ wrap plastic ketika panas kerana ini boleh menambahkan kelembapan pada tekstur kek.
****************************************************************
*****************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan