Assalamualaikum kawan2 yg ku sayangi..lama rasanya aku tak letak resepi2 maut kat sini...al-maklumlah suri rumah,byk bebenar keja yang di lakukan...tapi bila ada masa terluang cikit , apalagi tidooooo lah..hikhik..ni pun curi2 masa N3 kat sini , coz nak masukkan resepi2 & kek2 tempahan...oklah tak mo lah bebel panjang2..
jom teman2 layan Puding Buih yang saya buat & cilok resepi dari Kak Hanieliza tapi puding buih yang kak hanieliza buat cantik sangat , padanlah dengan namanya Puding Lapis Buih , tapi bila aku buat aku mederhaka jadi 1 warna je , ni kes nak cepat siap & tak sabo nak tgk hasilnya....
Sekali tengok macam agar2 santan , buih yg saya buat kurang tinggi..tapi kalau " rasa " puding buih ni memang sedapppp!!!!! lagi2 bila kita sejukkan dalam fridge..& mengikut resepi kak hanieliza puding buih ni makan bersama sos kastard .. tapi aku tak buat pun , sbb makan begitu saja pun dah terangkat..sesiapa nak try , resepi kat bawah ni ya...
PUDING LAPIS BUIH
(sumber : Kak Hanieliza)
Bahannya :
4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
pewarna [ikut pilihan sendiri]
loyang 4 segi 8 x 8 inci
Cara
- Putih telur dipukul sehingga menjadi gebu. [kiranya kalau diterbalikkan tidak akan jatuh]
- Bahagikan putih dibahagikan 4 bahagian
- Serbuk agar-agar, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
- Ambil agar-agar 1 cawan dan campurkan dengan 1 bahagian putih telurdan warna.
- Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.
- Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.
- Ulang semula proses [4] - [6] dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi.
- Ulang semua proses melapis sehingga semua bahan habis.
- Sejukkan dan potong. Hidangkan.
- Oleh kerana masa kak liza belajar puding ini tidak gunakan susu cair dalam adunan, so kak liza rasa lebih sedap dihidangkan dengan sos kastad dan fruit koktel..
Bahan :
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air fruit koktel
- 3 s/b tepung kastad
Cara :
*************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan