Kek Coklat Lembab ( ZaiMa...)

Assalamualaikum teman2..lama tak N3 resepi kat sini...semangat nak share sesuatu dengan kawan2 membara..tapi tak berkempatan nak text..nak minta tolong anak2 textkan kecik lagi..kalau main game kat laptop ni pandai ler dia..sekarang ada masa,cepat2 aku gagahi meng N3 resepi Kek Coklat Lembab kat sini....saja merayau2 kat Fotopages milik Ma DihaA terpikat pulak dengan kek coklat Zaima...setelah mencuba kek coklat ni memang terbukti gebu & sedap bangat !!!!!.....ok2 lah tak mahu melalut pjg2...jom kita layan resepinya.....


RESEPI KEK COKLAT LEMBAB ( ZaiMa )
( Sumber : Fotopages Ma DihaA )

BAHANNYA :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu manis
  • 1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur
Caranya :


-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.
-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.
-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.
-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.
-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.
-Sejukkan kek sebelum dihias dengan topping..


RESEPI TOPPING :
( Sumber : Ole2 summer cake )


BAHANNYA :
  • 200 gm coklat masakkan
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan air panas @ susu cair
- Satukan semua bahan & masak secara double boiler...sejukkan sebentar & tuang atas kek....& hias mengikut kreativiti masing2..



Deko yang simple tapi meriah....febret katun Upin & Ipin , saper lagi Najwa lah...Penuh 1 kek dia bubuh..So layan je lah...



Ini lebihan adunan kek , aku bubuh dalam mould pelbagai guna & kukus..yang ni tak sempat nak letak topping...anak2 dah belasah licinnnn...

*********************

Tiada ulasan: