Kenangan bersama "Kak Munira Baharum"

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pengunjung yg sudi singgah kek dapur ku ini...tak sabo rasanya,nk berkongsi kenangan manis yg saya tempuhi minggu ini..al-maklumlah kebizian yg melanda jadi N3 ini tertangguh..setiap orang mempunyai kenangan maniskan,begitu jugak ku & kenangan tu , tak kan saya lupakan sampai bila2...bestnya dapat ketemu dgn Puan Munira Baharum dari Pulau Pinang.. mesti ramai yg bertanya saper beliau...meh aku habaq mai..Kak munira merupakan teman FB & BLOGGER & merupakan tuan punya resepi kek yang sedang mengiler di abad ini iaitu KEK KAREMAL & KEK COKLAT MOIST MIRA ..memang tak sangka betul dapat berjumpa dengannya..kedatangan kak Mira ke Kuantan memang tak ku duga, yang ketika itu kak Mira & suaminya sedang bercuti2 Malaysia, abis semua negeri dijelahi.. (amboi2 cuti sakan kak mira..) mungkin aura & keletahku membuatkan kak mira ingin sangat berjumpa dgnku ,citttt !!tau2 dapat msg , kak mira dah berada di KUANTAN..terkezut giler makcik , yg ketika tu sedang m'mixer kek ..nasiblah kek den tak bantat..hihi..macam tak percaya dibuatnya..terus tepon kak Mira untuk mengesahkannya..al-maklumlah kak Mira ni suka melawak , takut gak aku ni..'terkena beb'..memang sah !!!kak Mira berada di Kuantan & sedang mencari hotel untuk menginap..aku pelawa mai pekan tidoq umah , nak ke pekan tambah lagi 1 jam lagi..mungkin kepenatan melanda seisi family kak Mira & tak nak menyusahkan diriku..kak Mira pun bermalam di hotel Avenue...Kami pun mengatur langkah supaya dapat berjumpa esoknya ..segala perancang diatur..aduh2 macam nak jumpa PM dibuatnya..malam tidoq pun tak lena...

Pada 9.12.2011 hari jumaat pukul 11 pagi seperti dijanjikan ,ku bertemu kak mira di Teluk Cempedak , senang je nak mengenali kak mira..keciq molek je & suci murni orangnya , mata pun terpandang seseorang..jeng-jeng bermulalah adegan peluk memeluk , bercium "pipilah..hihi"..happy sangat2..banyak yang kami bualkan , berkongsi cerita , bertukar pendapat & kak mira sudi berkongsi pelbagai tip yg bernas..kalau nak tahu,g lah jumpa kak mira :))

Memang tak pernah jumpa Kak Mira tapi kemesraan
 yang kak mira pamerkan , sama melayan ku di Fb & di telefon..jap je sopan,pastu kita berborak sampai tak ingat dunia , tapi memang besttttt !!!!

bila mak2 meting..anak2 huru hara buat hal masing ..."naper kita besau dari kak Mira ek...hihi"

sambil2 berbual dengan kak mira mata dok melilau di pantai..pagi2 dah ramai pengunjung ke Teluk Cempedak..musim cutilah katakan..

Ni lah saat yg paling sedih, mau berpisah dengan Kak Mira..sungguh pantas masa berlalu , dalam tempoh 2 jam lebih tu , memang tak cukup untuk pertempuan indah ini...nak buat macamana , perjalanan ke destinasi seterusnya telah di atur oleh Kak Mira & suami..adik ipar Kak Mira pun dah sampai...Time ni babak sedih pulak , terasa air mata ingin bergelinangan , tapi ku tahan..malu ler..hihi..Untuk Kak Mira & suami ( abg Din ) terima kasih banyak2 sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan ku..insyaallah kalau di pjgkan umur & di murahkan rezeki , kita akan bertemu kembali...

Ni dari ku , untuk Kak Mira...sedih2..tgk niat jahat ku nak kenakan Pae Faizah , cori ya pae..

Ni dari Kak Mira untuk ku....Muahhhh !!! I love U....

Ni lah msg yg membuat diri ku tak keruan..Kita On je kak , tak sabo nak jumpa Kak Mira....
Alhamdullillah tertunai sudah...Tqvm Kak Munira Baharum.

Ole2 dari Kak Mira ..Jem stawberry yang masih Fresh lagi ( dari Cameran Highland )..sedap tau , sapu atas roti , bertambah2 kembang ler diriku ini memakannya..Kak mira ni pun satu bagi ler benda lain...hihi..tq akak !!!!