APAM BLOSSOM @ APAM DOT..DOT


 




( Resepi nya saya dapat di salah 1 blog teman2..saya terlupa blog siapa..harap maaf ya,moga di halalkan resepi ini..dh lama saya simpan resepi ni..rasa terpanggil nk mencuba,x tahan tgk pic2 apam blossom yg teman2 di FB buat..mcm2 colour & cantik2 belaka..yg bestnya diaorg siap sertakan resepi sekali..bagus2..hehe..pada teman2 marilah cuba,jgn malu2 ya..& semoga berjaya ) 


BAHANNYA:

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 200 gm gula halus (saya bubuh 170gm)
  • 150gm susu segar
  • 1 sudu makan baking powder ( 3 sudu teh )
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna ikut suka
CARANYA:

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
  3. Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
  4. Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.
 NOTA:
      -Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
      -Api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah


******************************************************
************************************

Tiada ulasan: