KEK KAREMEL PANDAN
( Resepi  cilok hok PUAN MUNIRA BAHARUM..& di ubah suai oleh aku sendiri..minta di halalkan ya..so copy saja,malas nk text..hehe )



BAHAN A ( GULA HANGUS )
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
BAHAN B ( KAREMEL )
  • 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu KFC paste pandan & perwarna hijau
  • 3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur )
BAHAN C ( KEK )
  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
  • 45ml minyak msk
BAHAGIAN D ( MERIGUE )
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap... 
 


  ( kek karemel sekarang tgh hot di FB kongsi resepi...ramai teman2 y
g sudah mencubanya..rasa suka melihat pic2 kek karemel diaorg..sesetengah tu dah jual kek ini utk menambah income..termasuklah saya,hehe..aper2 pun disini saya ingin mengucapkan kepada empu resepi KEK KAREMEL coz sudi share..minta di halalkan ya..kepada sesiapa yg lum try..apalagi kasi putar sekarang!!!!!! )..semoga berjaya..
Disini saya sertakan cara membuatnya ya.....so korang layaaaaaanzzzz..



- satukan semua bahan B..jgn whisk terlampau kuat,ala2 manja..sekadar gula hancur & ketepikan.


- satukan bahan D..pukul dengan kelajuan sederhana sehingga pekat , bertanduk meriguenya.ketepikan.
- Pukul telur & gula sehingga berkrim dalam 2 minit


- Masukkan tepung berselang seli dengan air , pakai senduk @ whisk ya sabatikan sampai rata.
- Kemudian masukkan minyak dalam adunan tadi & kacau sebati.


- Masukkan putih telur @ Merigue tadi & kacau sampai rata & sebati
- Bahagikan 3 bahagian & bubuh pewarna kesukaan.
- Tuang KAREMEL PANDAN dalam loyang.


- Tuangkan 2 sudu adunan kuning keatas karemel & adunan seterusnya
( jangan takut adunan kek tak akan bercampur dgn karemel..cuma ia bergelek2 jer..hihi )
- Selepas selesai lorek atasnya pakai lidi...kalau tak buat pun tak apa.


- Bakar 1 jam -170" @ 180" secara double boil (air panas masukkan dalam try )

Harap teman - teman faham ya & selamat mencuba...


***********************************************************
***************************
                                                                            

Tiada ulasan: