KEK LAPIS MASAM MANIS |
BAHANNYA:
(Lapikkan loyang dgn kertas minyak & sapukan majerin)
1 1/2 cawan buttet @ majerin daisy
3/4 cawan gula
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellet
3 sudu susu pekat
1 sudu teh esen vanila
hawflakes secukupnya
sedikit pewarna merah , hijau ,kuning...ikut suka ya
sedikit paste stawbery , pandan
CARANYA:
1:Pukul gula & butter sampai kembang dalam.
2:Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul bagi sebati.
3:Masukkan ovellet , esen vanila , susu pekat pukul bagi rata & sebati.
4:Kemudian masukkan tepung yg di ayak bersama baking powder & gaul rata.
5:bahagikan kepada 3 bahagian & bubuh warna pink,kuning,hijau
& letak paste disetiap adunan.
6:Masukkan adunan dalam piping beg @ cari jer plastik bersih potong di bahagian muncung nya..@ pakai senduk pun boleh.
7:Masukkan adunan pertama (pink) picitkan pelan2 supaya lapisannya nipis & susun hawflakes atasnya...pelan2 ya & jgn di tekan kuat ya...susun sampai tutup permukaannya & masukkan adunan (kuning) susun hawflakes di atasnya... buatlah cara & kaedah yg sama sampai adunan habis
8:Bakar 40 minit - 170' api bawah & 20 minit seterusnya api atas & bawah. @ mengikut oven masing.
SELAMAT MENCUBA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan