ROTI SARDIN BERBIJAN

Ini kes nak buat roti bun sardin , tapi yis tak ada..hihi..maka bertukarlah menu Roti Sardin Berbijan..roti juga,bezanya guna roti bundle (ape2 jenama lah ya)....ini ada cerita tau,bila aku buat roti sardin ni teringat masa dulu2..lepas SPM..aku jual roti sardin ini..saja suka2..aku buat,tapi abang aku jualkan kebetulan dia meniaga pisang goreng ibarat aku tumpang jer..Jomlah kawan2 kita layan resepinya..tak mo citer panjang2....


RESEPI ROTI SARDIN BERBIJAN

BAHANNYA :
  • 20 keping roti bundle
  • 1 tin sardin
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji bawabg putih
  • 2 biji cili padi (kalau x nak pedas x yah bubuh)
  • sedikit garam & gula
  • sedikit bijan
  • sedikit tepung gandum & air (di jadikan gam)
CARANYA :
  1. Buang air sardin , tapiskan..
  2. Kemudian hancurkan sardin menggunakan garpu..
  3. Potong dadu bawang putih & bawang merah & hiriskan lada cili,masukkan gula & garam..kemudian masukkan dalam sardin tadi & masakkan dalam 5 minit dengan api yg kecil.
  4. Lenyekkan roti mengunakan pengelek & masukkan inti sardin & gulung rata2 & gamkan.
  5. Buat sampai habis.
RESEPI TEPUNG RANGUP

BAHANYA :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/2 sudu teh air kapur
CARANYA :
  1. Satukan semua bahan - bahan & sebatikan.
  2. Panaskan minyak & celurkan roti dalam adunan tepung & taburkan bijan atasnya,kemudian goreng sehingga kekuningan.
  3. Buat langkah yang sama sehingga habis

Taraaaa..ni hasilnya..makan panas - panas lagi sedap bersama secawan teh O...

SELAMAT MENCUBA KAWAN - KAWAN

1 ulasan:

Little Puteri berkata...

salam... minta resepi yer :)
http://littleputeri.blogspot.com