"Sayang Ayah & Kek"

Selamat tengahari !! dah makan ker...Untuk pengetahuan kawan2 , N3 ni minggu lepas punya , kerana di sebabkan Puan nya tak sihat , N3 ni di simpan selama 1 minggu..hihi.
Dengan kesempatan ni saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa untuk suamiku & semua yang bergelar bapa..tak salahkan kalau wish lambat..
Untuk arwah ayahku & ayah mentua doa al-fatihah ku hulurkan,semoga roh arwah di cucuri rahmat...Pergorbanan mu akan ku kenang...
Sempena hari bapa yang lepas , aku & suami membawa anak2 g kuantan...jalan-jalan cari makan kat MEGAMALL je..tengok orang lalu lalang , tengak gelagat anak2 kecil lari sana- sini....tup2 mata kitaorang tertumpu kat PIZZA HUT...singgahlah kejap nak layan pizza & celebrate....hihi


Haa!! jangan terkezut ya bila baca N3 kek istimewa ni,suspen jer.. Kek Layer Pandan ini khas ku buat untuk suamiku lagi pun kek fevretnya..Nak di jadikan citer..kek ni ku bawa kek kuantan / dok dalam kereta berjoget2 gamoknya...tawakal je lah..hati gundah gulana di buatnya...bila tiba MEGAMALL turun je terus tengok kek , dari Pekan ke Kuantan 4O minit..alhmdullillah kek Ok hanya serbuk kelapa yg bertaburan , aising ada yg tertanggal..tapi yang pasti kek nya tetap hijau..hahaha


Masa potong kek , senyummmm!!!!
&
Selamat Hari Ayah

(  G dah lewat,hanya tinggal bape org custemor &
nak tutup )



Sebenarnya masuk je pizza Hut aku order Pizza..dalam 10 minit,datang Awek cantik "maaf ya pizza dah abis"boleh order lain tak..huahau...naperlah tak cakap dari awal2...


Tengok muka Amirul yang menunjukkan tidak puashati..kerana tak dapat makan Pizza..Nak sedapkan hatinya..Ayahnya pun berkata "nanti balik umah mak buatkan..." Mak jugak yang kena...



Alamak tak tahulah aper nama menu ni...kalau nak sebut mau terlipat hujung lidah jadinya..hikhik..tapi yang pasti memang sedap giler..tang sup ayam tahulah namanya...tapi 1 pun tak di makan..mungkin dah kenyang makan spagheti...


Masa kitaorang sedang makan..tiba-tiba datang awek cun, atas dulang yang di bawa ada 2 cawan Aiskrim...Dan awek tu berkata " Akak sambut annivesary ker "..x sempat nak cakap aper2.."Ni dari pihak kami 2 cawan aiskrim "...ape2 pun tqvm PIZZA HUT MEGAMALL KUANTAN..Rezeki dapat aiskrim free..


Kek Layer Pandan sebelum di angkat masuk kek kotak & di bawa ke Kuantan..


Cawan sup ayam menjadi mangsa ketika adegan potong kek..Amacam kawan-kawan2 terliur tak melihat kelentokkan kek ini....


Lebihan kek yang di bawa pulang ke rumah...selebihnya ku & berikan pada awek-awek PIZZA HUT yang tak tahan dengan bau keharuman Kek Layer Pandan..sama2 dapat rezeki...


sesiapa yang berminat nak resepi Kek Layer Pandan ini....Angkat tangan..hihi
Nanti ada masa aku masukkan ya...ni nak off , nak bagi anak makan ubat...

***********************

Terima kasih Teman

Assalamualaikum & salam sejahtera....Alhamdullillah & syukur kepada mu ya - allah kerana memanjangkan usia ku ini & mengurniakan ku kesihatan yang semakin baik untuk meneruskan kehidupan ini bersama-sama family tersayang...

Untuk teman-teman yang menghantar Sms , Tel , kata-kata semangat di ShoutBox & ahli family yang mendoakan ku,hanya ucapan terima kasih yang dapat ku hulurkan..

Bila berlaku sesuatu kepada kita,sedikit sebanyak kita dapat mempelajari sesuatu akan erti "teman susah & senang"....teman masa kita susah boleh di bilang dengan jari tapi teman masa kita senang " yang bukan sedara pun mengaku darah daging".....Tapi bagi aku apa yang penting keikhlasan..

Di sini , aku ingin mengadbadikan "Teman alam maya" di blog ku untuk mengucapkan terima kasih & salam sayang,sesungguhnya walaupun kita tak pernah bersua muka hanya suara menjadi p"antaraan perhubungan kita melalui telefon , terus terang ku katakan kamu semua kawan ku yang best bangat!!!!!!


  1. Zafrina dari Kluang Johor
  2. Kak Sri Indah dari Singapura
  3. Azizah isa izzati (teman fb)

***********************************

Mohon Maaf


Assalamualaikum & selamat pagi buat pengunjung yang sudi singgah di sini , saya ingin memohon berjuta kemaafan kepada teman - teman & custemor yang sudi berurusan dengan saya .. Dengan kesihatan yang tak mengizinkan saya & anak - anak ( Aidil & Najwa ) sedang dilanda penyakit demam / selsema / batuk / siap pakej lagi ... dengan apa yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian saya.... oleh kerana dengan kesihatan yang tak stabil "dan kerja mengekek tak dapat dilakukan dengan sempurna....Dengan ini sekali lagi saya ingin memohon kemaafan kepada kawan-kawan yg  meng"order kek...Tetapi tak dapat saya laksana dengan kesihatan yang tidak mengizinkan....Semoga mereka yang berkenaan ini tidak berkecil hati & harap dapat memahami masalah saya ini.... insyaallah , jika di berikan kesihatan yang baik , kita akan berurusan di lain kali...Terima Kasih.

  1. Puan mariyatun - Taman Jambu
  2. Puan Rohaiza - Ikm Pekan
  3. Puan Nora - Lamir Pekan
  4. Puan suzana - Kuantan
  5. Cik Anis - Tanah Putih Pekan
sebelum saya mengundur diri..dengarkanlah pantun ini..

Puteri bersiram di tepi perigi ,
Mencedok air berhati - hati ,
Izinkan hamba berlalu pergi ,
Jangan ada dendam di hati ,

****************************************

ORDER

 oleh Kak Lina dari Taman Mentiga Pekan



Chocolate Moist Cake
- Buttercream + ganache
- 1.5 kg
- RM 40.00


Kek yang di tempah khas oleh kak Lina untuk suami yang tersayang..


tqvm untuk kak lina.. kalau nak mamam kek roger2 ya...

*********************************

Gollll!!!!

Order oleh Kak Masuhaila dari IKM TASYA PEKAN



Kek Coklat Moist
- Buttercream frosting + ganache
- 2 kg
- RM 70.00



Selamat Hari Lahir

Hafiz Safwan..semoga menjadi anak yg soleh & belajar rajin2 ya.


tqvm kak su dari ole2 summer cake

*****************************************

Kek Tunang

Order oleh Kamishah Dari Tabika Kemas Pekan



Selamat bertunang

Nishah & Faimie


Kek Span Layer Bluebbery + Buahan
- Buttercream Frosting
- 1.5 kg
- RM 38.00


Kek Khas untuk pertunangan adik Kamishah ...amacam cantik x...


Kek Span Layer Blueberry + buahan
- Buttercream Frosting
- 2.5 kg
- Rm 70.00

Kek ni pulak untuk Makan2 1 family di rumah mak Kamishah ..


Kek Span Layer Blueberry ni ku hiaskan dengan kepingan Badam..banyak wooo !!!! bagi kek ni makin kebabommmmm..Untuk Kamishah TQVM kerana sudi m'order kek2 ini...

*****************************

KEK SPAN BLUEBERRY + PEACH

Order oleh Zai dari Taman Jambu Pekan



Kek Span Layer Blueberry
- Buttercream Frosting
- 1kg
- Rm 32.00


tqvm from Badariah Delights

************************************

Kek Coklat Lembab ( ZaiMa...)

Assalamualaikum teman2..lama tak N3 resepi kat sini...semangat nak share sesuatu dengan kawan2 membara..tapi tak berkempatan nak text..nak minta tolong anak2 textkan kecik lagi..kalau main game kat laptop ni pandai ler dia..sekarang ada masa,cepat2 aku gagahi meng N3 resepi Kek Coklat Lembab kat sini....saja merayau2 kat Fotopages milik Ma DihaA terpikat pulak dengan kek coklat Zaima...setelah mencuba kek coklat ni memang terbukti gebu & sedap bangat !!!!!.....ok2 lah tak mahu melalut pjg2...jom kita layan resepinya.....


RESEPI KEK COKLAT LEMBAB ( ZaiMa )
( Sumber : Fotopages Ma DihaA )

BAHANNYA :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu manis
  • 1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur
Caranya :


-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.
-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.
-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.
-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.
-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.
-Sejukkan kek sebelum dihias dengan topping..


RESEPI TOPPING :
( Sumber : Ole2 summer cake )


BAHANNYA :
  • 200 gm coklat masakkan
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan air panas @ susu cair
- Satukan semua bahan & masak secara double boiler...sejukkan sebentar & tuang atas kek....& hias mengikut kreativiti masing2..



Deko yang simple tapi meriah....febret katun Upin & Ipin , saper lagi Najwa lah...Penuh 1 kek dia bubuh..So layan je lah...



Ini lebihan adunan kek , aku bubuh dalam mould pelbagai guna & kukus..yang ni tak sempat nak letak topping...anak2 dah belasah licinnnn...

*********************

KEK COKLAT LAGI !!!!

Order oleh Kak Suraya dari Kuantan
( pick up di gaint kuantan )



KEK COKLAT KUKUS
600 gram
- RM 15.00



Kek belum di make up...sat lagi , tunggu kek benar2 sejuk..jom kita layan Fb dulu..hihi

************************

ORDER


Oleh Wani dari IKM TASYA PEKAN




tengok tu kumbang makan sawi yang upin & ipin tanam...hihi


KEK SPAN VANILA
LAYER BLUEBERRY FILLING
BUTTERCREAM + FONDANT + EDIBLE IMAGE
3.5 KG
RM 98.00



tqvm from Badariah Delights

*****************************