ORDER

Order oleh Hanim dari ( MARA DAERAH PEKAN )




tqvm from Badariah Delights
 &
Selamat Hari Lahir Kak Zura

Untuk hanim tq sudi order dengan akak..harap hanim berpuashati ya,kek istimewa ni di order untuk kawan sekerja,buat kezutan gitu..untuk lia (adik laila IKM )..dah puas tgk koleksi album akak..mana yang tergoda..roger2 ek!!
TQVM semuanya..

**************************************************************************************

Alhamdullillah , kek Coklat Moist yang ku buat dapat feedback dari ci penempahnya,yg comey  & cute orangnya iaitu Hanim & Zura..

Copy dari FB
Qaseh Honeym : tq byk2 kak diah...canteeekkk sgt kek...sedap pun iye...tikiu so much...!!!! lain kli hanim order lgi yea...

Zura Zul : mekasih tokey kek...cantik ; )


Ni control cun ya..hikhik..apa2 pun kak ucapkan Hepi Bufday utk Zura..


Cantik2 kan Model ni..
Ni model tak berbayar tau..nanti kak belanja makan kek karemal ya..
Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi ....
TQVM

************************************************************
********************

ORDER

Muffin bleuberry & strawberry
Order oleh Kak Noriah dari Lamir , Pekan



tqvm from ole2 summer cake

**********************************************************

ORDER

Apam dot..dot , Order oleh Kak Asiah dari Kampung Banjir Pekan



tqvm from ole2 summer cake


****************************************************************************

Tip & cara membuat KEK KAREMAL

Alhamdullillah , suka tengok kawan - kawan yang berjaya buat kek HOT ini..kek karemal yang menjadi bualan sana sini..lagi - lagi di laman sosial iaitu Facebook , bikin panas kat kawan - kawan yang lain ya..tak lama lagi masuk dalam akhbar pulak , hihi..kalau tgk kek karemal ni mcm2 warnanya , membuatkan kek istimewa ini bertambah cantik & sayang nak di makan..geram sangat2...Untuk pengetuan anda semua kek karemal ni juga menjadi sebahagian pendapatan saya..permintaannya di luar jangkaan..tu lah keistimewaan kek karemal yang tersendiri , tak terucap rasanya..perghhh!!! sedapppp...
Bagi kawan2 yang belum berani mencuba & yang dah cuba tapi tak berapa menjadi..meh kita sama2 mengkaji kenapa & mengapa ia berlaku , walaupun dah mengikut step by step..jangan berputus asa ya kawan2...Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUAN MUNIRA BAHAROM yang sudi share resepi kek karemal ini...Semoga rezeki PUAN MUNIRA melimpah ruah & di berkati oleh allah S.W.T...amin.



Saya share tip2 yang saya lakukan ketika membuat kek ini di sini ..
Sebelum membuat kek karemal ini...hati mau tenang ya adik2 & kakak2 , jangan gugup jantungnya..hikhik

CARA MEMBUAT KEK KAREMAL
  • Resepi intai dalam "Resepi Kek"..
  • Sediakan bahan - bahan yang di perlukan .
  • Fahamkan cara - cara nak buat kek ini , ulang banyak kali tau..
MEMBUAT GULA HANGUS :
  • Masukkan gula dalam periuk & masak dengan api kecil sampai keperangan..tutup api.
MEMBUAT KAREMAL :

  • Campurkan semua bahan kecuali telur..kacau manja2 sehingga gula hancur menggunakan whisk..( anda boleh menambahkan 2 sudu makan tepung kastard dalam karemal )
  • setelah gula hancur masuk kan telur & gaul pelan2 jangan berbuih , takut karemal kurang menjadi.
  • kalau buat KEK KAREMAL PANDAN anda tambah paste pandan.
MEMBUAT MARIQUE ( PUTIH TELUR )

  • Asingkan putih & kuning telur....sekira ada ter'exident telur kuning dalam bekas putih telur...guna sudu / pelan2 ambil telur kuning...
  • kalau ada kuning sikit tak apa , boleh putar tapi tempoh memutar lama sikit dalam 15minit..insyaallah,merique menjadi.. ( dari pengalaman sendiri..hihi )
  • Putar putih telur sampai betul2 kembang & bertanduk..( hihi..macam2 )
  • Putar telur dengan mixer sampai berkrim
  • Masukkan tepung berselang - seli dengan air / menggunakan senduk & gaul rata.
  • Masukkan minyak masak @ minyak jagung.
  • Campurkan merique dalam adunan kuning telur / sebatikan seelok2nya menggunakan senduk.
  • Bahagikan 3 bahagian & bubuhlah warna / paste kegemaran
  • masukkan dalam loyang karemal & ambil 2 sudu besar adunan / lapis - lapiskan sampai habis.
  • Bakar kek ini secara Double Boiler / isikan air panas dalam dulang.
  • 30 minit pertama api bawah / 30 minit seterusnya api atas & bawah.
  • setelah masak biarkan kek selama 5 minit / ia kan merekah sendiri dari loyang.
  • ambil dulang & terbalikkan ia perlahan - lahan.

  • Sekiranya hendak menghias kek karemal menggunakan buttercream..lebihan air gula hangus hendaklah di lap sedikit & barulah dihias mengikut kreativiti sendiri..
SEKIAN TERIMA KASIH...ABIS SUDAH..

****************************************************************************

Menyejukkan Kek

  1. Selepas kek dibakar hendaklah di biarkan dalam tin 2 - 3 minit.
  2. Dengan menggunakan spatula , longgarkan keliling kek.letakkan redai di atas loyang.
  3. Terbalikkan kedua - dua sekali ( kek & redai ) kemudian angkat tin kek perlahan - lahan.
- Letakkan redai atas & bawah loyang..

 - terbalikkan & biarkan 5 minit...

- Inilah hasilnya.. ( gambar dari hasil kerja tangan saya )


**************************************************************
*****************

Petua Membakar Kek

  1. Pastikan ketuhar di panaskan 15 minit - 15 minit.
  2. Gunakan saiz tin yang betul - tidak terlalu kecil & tidak terlalu besar ( paras adunan kek mestilah tidak melebihi 3/4 paras loyang )
  3. Jika membakar kek , melebihi satu loyang..pastikan tidak di atur terlalu rapat untuk memberi peluang putaran haba yang serata.
  4. Jangan buka pintu oven dalam 30 minit pertama ketika kek sedang di bakar..jika di buka haba akan keluar & kek menjadi sedikit bantat.
Dibawah ini senarai panduan untuk memastikan kek yang telah masak :-
  • Kek span - bahagian tepi kek kelihatan agak mengecut dari loyang.
  • Kek mentega - permukaan kek tidak meninggal kesan apabila ditekan dengan jari.
  • Kek buah - setelah di uji lidi penyucuk kelihatan bersih
Menyimpan kek
- Jangka masa sebiji kek itu tahan disimpan bergantung kepada beberapa faktor..
  • Kek yang beraising tahan lama disimpan dalam peti sejuk.
  • Kek yang menggunakan lemak yg banyak pun tahan lama.
  • Kek buah pula elok di balut dengan kertas minyak @ wrap plastic ketika panas kerana ini boleh menambahkan kelembapan pada tekstur kek.

****************************************************************
*****************************

Petua membuat kek

Hai !!! kawan-kawan , apa khabar semua ? harap semua sihat ya..hari ini dok kemas majalah2 yg terbiar dalam almari..di temani pembantu setia,siapa lagi kalau ci Najwa @ kakak..tapi tolong selepahkannnn...hihi..sambil mengemas dok belek koleksi Petua yg terdapat dalam majalah tersebut....Banyak juga dapat hasilnya..dengan itu akan ku war2 kan di sini & berkongsi dengan anda semua & pada yg berminat.. mana tau sesiapa yg musykil tentang petua dapur & petua tentang membuat kek,carilah kat sini ya...harap ia dapat membantu anda....Segala petua - petua disini,diperolehi dari MAJALAH MINGGUAN WANITA , MAJALAH SERI DEWI & KELURGA..& di internet...

1. Mengenali bahan membuat kek.
( sumber : http://resipinoraini.blogspot.com/ )
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko,ovellet,esen vanila & sebagainya.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer (pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba.

3. Kaedah Asas
a : Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain.
b : Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

TIP PENTING :

(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja .
Nota : Ada sesetengah kek @ kuih menggunakan telur dari peti ais.


(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.


(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.


(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.
Nota : Serbuk penaik - Pastikan ia digunakan mengikut sukatan yg tercatat dalam resepi..kek yg mengandungi serbuk penaik yg berlebihan akan kelihatan naik tetapi akan mendap semula sebaik saja ia di keluarkan dari loyang.


(g) Minyak sayuran : sesuai untuk kek span . chiffon ,roti & biskut.


**********************************************************************
********************

CREAM PUFF

Order oleh Kak Rahimah dari Ketapang , Pekan


CREAM PUFF
50 pcs
 
RM 25


TQVM
 
 

Order

Order oleh Kak Noriah dari Taman Perdana , Pekan


CREAM PUFF
50 pcs
RM 23
 
 
TQVM

Order

Order oleh Masita Mohamad dari Pulau Redang Pekan


KEK SPAN VANILA & CHEESE CAKE 1kg


Alhamdullillah , dapat juga menyiapkan 2 biji kek untuk anak - anak masita..harap ita & family suka / berpuashati..insyaallah ada rezeki kita berurusan lagi ya...
&
selamat hari lahir untuk Khaseh & Aira


tqvm from Badariah Delights
******************************

Order

Order oleh Kak Rahimah dari Ketapang Pekan


KEK COKLAT MOIST
- Buttercream Frosting + Ganache
2 kg
 
 RM 70

CREAM PUFF
50 pcs
 
RM 24


KEK COKLAT MOIST & CREAM PUFF

tqvm kak imah sokmo order kek dengan saya,harap kak ima suka & tema bola yg mampu saya buatkan khas untuk Eidil.
&
Selamat hari lahir untuk Eidil

tqvm from Badariah Delights






Order

 oleh Biha dari Rompin Lama Pekan


KEK COKLAT MOIST
- Image - BEN 10
- BUTTERCREAM + GANACHE CHOCOLATE
- 2 KG
- RM 70.00

&

CUPCAKE CHOCOLATE MOIST
- Image - BEN 10
- 20 PCS
- RM 44.00


Tqvm from ole2 summer cake

*******************************

ORDER

Order oleh Kak Marsuhaila dari Taman Sepekan , Pekan

Kek span layer Stawberry 2kg

tqvm from Badariah Delights

*********************************************************
******************************

KEK KAREMAL & PUDING KOKTEL BERKUAH

Order oleh Sara dari Pekan


Sara merupaka staf yang bekerja di Stokis Jamu yang terkenal di daerah pekan
tergoda bila melihat kek karemal di blog..serta merta terus telefon..
ada rezeki kita berurusan lagi....insyallah.

tqvm from Badariah Delights

*****************************************************
***********************

PUDING BERKUAH KOKTEL

Hari ini buat puding walaupun cuaca sejuk..kebetulan custemor order so buatlah lebih untuk makan sendiri...lama woo!! Tak pekena Puding berkuah koktel , tak leh tahan tengok blog teman2 yg ada gambar puding ini...membara2 tau..hihi

Puding yang custemor order dah simpan..yang hoq sendiri punya , ku bubuh ais batu..waaaaahhh!!!memang kebabooom..dahlah cuaca sejuk & baru baik selsema/batuk..tak pe kira ini pun ubat jugakkan..hahaha..
kalau anak - anak makan , buah2an yang di kejarnya..maknya makan puding..tak apalah janji dapat lepas gian..Jom kita layan resepi dari airtangan ku sendiri...


RESEPI PUDING BERKUAH KOKTEL

BAHANNYA :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air masak
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu makan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit garam
CARANYA :
  1. Satukan semua bahan dalam periuk & gaul / sebatikan.
  2. Masak atas api yg kecil...sentiasa gaul supaya tidak berkerak.
  3. Masak sehingga pekat & likat
  4. Kemudian masukkan dalam acuan kegemaran @ loyang....sejukkan.
Untuk Kuahnya :
  • 1 tin buahan koktel @ nata de coco
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar gula halus ( ikut kemanisan masing2 )
Caranya:
  1. satukan semua bahan dalam jug / mangkuk besar...& gaulkan biar mesra & sebati.
  2. Potong kastard & masukkan dalam mangkuk kecil & curahkan kuahnya...seelok2nya makan ketika puding sejuk @ bubuh ais.....
  3. Hiaslah mengikut kreativiti masing2..

SELAMAT MENCUBA

**************************************************
***************************

My Tools


- Pewarna Khas untuk Buttercream


- Soda Bicarbonat
- Untuk buat Kek Sponge @ kek gula hangus
- Jemput - jemput soda


- Serbuk kelapa untuk di taburkan utk Kek Layer Pandan


- Kayu Pengelek
- Mesin Untuk buat karipap & mee kuning..
- Pemotong Kek


- Bekas plastik untuk letak kek


- Kotak kek pelbagai saiz


*********************************************************
*********************************************