PUDING OREN KAREMEL TANPA TELUR

Wahhhhh!ramai jugak peminat puding oren karemel ni,ialah nampak sedap & terasa nak buatkan,bagi teman yg bertanya,nak jawab sorang2,x terbalas,buzi maa...kebetulan ada custemor order,dengan kesempatan ini aku amik peluang tangkap gambar cara2 nak membuatnya..harap ia dapat membantu teman2 semua...puding ni order dari Kak Nurul..ada jugak aku bagi resepinya,tapi x kesempatan nak membuatnya,sibuk dengan kerja,puding ni untuk mamanya di Kuantan,suka makan puding tapi x nak ada telur,...lagi pun bab2 buat kuih @ kek ke laut katanya...hihi..x penah menjadi...x pe harap dengan tersebarnya gambar ini,dapat menjadikan kak nurul akan terbuka hati ingin mencuba..Ni kira ulang tayanglah ya...Jom kita layan..Zaaaaaaaaaaz..

Bahan A :
  • 4 sudu makan gula
  • 3/4 cawan air
  • - ( masakkan gula dengan api yang kecil,sentiasa di kacau, bila keperangan,padamkan api & masukkan air..& tuang dalam acuan )

 Bahan B :
  • 1 bungkus agar - agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 5 sudu gula

 Bahan C :

  • 1 tin susu cair cair ( masa aku buat pakai susu segar UHT - 350 ml,nak abiskan stok )
  • 2 sudu nakan tepung kastard
  • 1 sudu paste oren / lemon
  • 2 sudu teh sunquist
  • - satukan bahan C kacau hingga sebati,ketepikan.
CARA-CARANYA:


Bahan yang di perlukan:
- serbuk agar-agar
- susu cair @ susu segar
- Paste lemon @ sunquist
- tepung kastard
- gula pasir 

- masukkan gula dalam periuk
- masak gula dengan api kecil,bila keperangan & berbuih masukkan air & gaulkan sampai sebati.
- Satukan tepung kastard,susu cair,sunquist,paste lemon (x letak pun ok jugak) kacau sebati.
- Satukan gula,air & serbuk agar - agar

- Masak kan bahan tersebut hingga berbuih & masukkan bahan tepung kastard tadi.
- gaulkan hingga sebati & sedikit likat & tutup api.

- Masukkan gula hangus dalam acuan kegemaran @ bekas tapawe
- tuangkan dalam bekas & masukkan dalam peti ais.

- hiaskan mengikut kreativiti anda.
- sedap juga di makan begitu saja.


 

ORDER

Order oleh Kak Azizah dari Taman Mentiga Pekan



tqvm from Badariah Delights
&
Selamat hari lahir untuk Sofea

ORDER

Order oleh Kak Laila dari Tanah Putih Pekan


tqvm from ole2 summer cake

ORDER

Order oleh Kak Lina dari Taman Mentiga Pekan


tqvm from Badariah Delights
&
"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan"

ORDER

Order oleh Kak Zana Taman Mentiga Pekan


tqvm from ole2 summer cake

ORDER

Order oleh fifi dari Pekan


tqvm from ole2 summer cake


Haa! ini lah dia , fifi yg cantik molek ,tuan yg order kek di atas,sentiasa senyum jer orgnya, fifi ni ringan tulang tau.sampai ke dapur dia redah,licin pinggan mangkuk dia basuh,leh buat menantu ni..hihi..tq fifi sudi singgah ke dapur kak,yg x seberapa ni..alah siannya hanya minum air masak jer..ok lah tu baik utk kesihatan,lebihkan manis dalam senyuman... tapi yg best hidangan kek coklat moist pasti ada.. habis gak sepotong dua..amacam sodap x..kalau sedap heboh2 kan,kalau x sodap dok diam2 tau...oklah fifi ada rezeki kita jumpa lagi ya..jangan serik ..ada masa dtglah ke teratak kak...tq buah tgn untuk anak2 akak..nnti bagi lagi ya..tqvm fifi.

****************************************************************
***************************************

APAM BERAS

Alhamdullillah..berjaya juga buat apam beras ni....memang febret tau...kalau terasa nak makan,mesti cari kat pasar malam,tapi x puaslah,kuantitinya sikit sangat,hihi..tapi bila buat sendiri memang berbaloi2...tu colournya mantul sangatkan...terletak perwarna byk lah..ingat nak buat kek agaknya..kalau ada lebihan nasi semalam jgn di buang tau,masuk peti..esok leh buat apam beras...apam ni makan begitu saja pun sodap...tapi nak sodap lagi,makan bersama kelapa parut putih yg di bubuh sedikit garam ....meletup gitu.Dah tau buat ni..mcm nak jual lah pulak...hihi..

 

Haa..Mana sifu ni,x sabo nak tunjuk apam beras hasil tangan ku ini..walaupun tak secantik apam beras yg kak Am buat,tapi suka sgt,bila sekali buat dah jadi..apa2 pun terima kasih byk2 sudi tunjuk ajar ku sifu.. sudi pas resepi ini..Dengan ini kita share pada teman2  resepinya,harap kak Am halalkan ya...Jom kita layan ...


RESEPI APAM BERAS
( sumber :http://serojakitchen.blogspot.com/ )
( kita copy jer ya..)


Bahan - bahannya :
• 2 cwn nasi
• 2 cwn tepung gandum
• 2 cwn tepung beras
• 1 cwn brown sugar
• 3/4 cwn gula
• 2 1/2 cwn air
• 1 sudu kecil yis (mauripan)
• kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara


1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

KEK BISKUT MARIE

Dah lama aku simpan resepi kek biskut marie ini, tgk bahan2 pun senang,tapi biasalah ada sikit di tokok/ tambah..bila ada kelapangan baru tertunai...hihi...dengan semangat yg ada,..maka terhasilah kek ini...oklah jom kita layan resepinya ya.....


RESEPI KEK BISKUT MARIE
(sumber : saya dapat dari blog kak Hasue,tapi tambah / tolak sedikit bahan2 tertentu,hihi ..minta di halalkan ya )

Bahannya :
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 200 gm mentega
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • Biskut Marie ikut suka bape banyak
  • sedikit badam hancur
Caranya :
  1. Cairkan mentega dalam periuk besar api kecil ya.
  2. Kemudian masukkan susu, milo,serbuk koko,tepung kastard..pakai whisk supaya ia x berketul2..
  3. Masukkan esen vanila & bila sebati & pekat tutup api.
  4. Sediakan loyang 8"bulat...tuangkan 3 sudu besar dalam loyang & ratakan adunannya..
  5. susun biskut marie...kemudian tuangkan 3 sudu besar & buat langkah yg sama sampai adunan habis.
  6. Taburkan badam hancur & badam keping..ikut sukalah ya..
  7. setelah siap masukkan dalam peti sejuk...selama 5 jam..supaya bila dipotong kek dalam keadaan cantik & molek..
NOTA: - Loyang perlu di atas dengan plastik @ aliminium foil..supaya kek mudah di keluarkan..

RESEPI ASAL:
  • 200 gm milo
  • 250 gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • biskut marie
( Anda boleh juga try resepi asal ini...hasilnya tetap sodaaaaaaaap )


*****************************************************
********************

order

Apam dot..dot , order oleh Kak Suraya Tanah Putih Pekan


tqvm from ole2 summer cake
Tart shell & fruit Tart order dari kak Zati dari Kampung Banjir Pekan


tqvm from Badariah Delights

Oder

Fruit tart order dari kak laila Taman Mentiga Pekan


tqvm from Badariah Delights

APAM DOT..DOT

Order dari Kak Nurul dari Taman Perdana Pekan


tqvm from ole2 summer cake

Cupcake Coklat Moist

Order oleh Ida Kamilia dari johor ,pick up point di Politeknik,kuantan



tqvm from ole2 summer cake
&
Happy birthday untuk Aisyah


**********************************************************
********************************
Oder oleh En.kuzaimi dari Sepekan


tqvm from Badariah Delights
&
Tahniah dengan kehadiran baby girl


********************************************************************************
***********************************************

Jeli pisang



RESEPI JELI PISANG

Bahan - bahannya :
  • 80 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 3 biji pisang ( dihiris nipis )
  • 1 susu besar serbuk agar - agar
  • Pewarna hijau , oren ,coklat
  • sedikit susu pekat
Caranya :
  • Masak serbuk agar -agar bersama gula & air,biar ia mendidih..tutup api.
  • Sukat 150 ml masukkan dalam mangkuk & bubuh warna hijau tambah 1/2 teh susu pekat.
  • Susun pisang di bawah loyang 6" segiempat..& tuangkan adunan warna hijau tadi.masukkan peti.
  • Tuang agar -agar yg lebih 150 ml..masukkan dalam mangkuk & bubuh warna coklat & tambah 1/2 sudu teh susu pekat..
  • Keluarkan jeli tadi & lorekkan dengan garpu supaya jeli tadi melekat sesama yg lain..
  • Masukkan jeli coklat & masukkan dalam peti..
  • keluarkan dari peti & lorekkan pakai garfu.
  • jeli yang lebih tadi,masukkan perwarna oren di tambah dengan 1/2 cawan susu pekat..
  • Terus tuang dalam loyang & sejukkan..
  • Dalam 1 jam boleh keluarkan..bila hendah di hidangkan adunan pisang hendaklah di atas...
SELAMAT MENCUBA...

Jemput - jemput Pisang



Resepi Jemput - Jemput Pisang

Bahan - bahannya :
  • 8 biji pisang ( ikut suka )
  • 2 senduk nasi tepung gandum
  • 1/2 sudu KFC bikarbonat
  • 3 sudu besar air
  • sedikit garam & gula
Caranya :

  1. Potong / hiris kan pisang & masukkan dalam blender & kisar bersama gula , air & garam..kisar 2 kali.
  2. Tuang dalam mangkuk..
  1. Masukkan tepung gandum & bikarbonat & gaul sampai sebati & sekata..Biarkan dalam 5 minit.
  2. Panaskan minyak ,apabila sudah panas masukkan 1/2 sudu makan ( jgn penuh2,nnti kembang ) adunan pisang tadi..
  1. Goreng lah sehingga masak...lagi garing lagi sodap..
SELAMAT MENCUBA..

AYAM MASAK MERAH DAUN LIMAU PURUT

Assalamualaikum semua...Penah dengar tak menu ini..hihi..hidangan Ayam Masak Merah Daun Limau purut ??? tahu jerlah aku ini suka mencuba sesuatu,maka terhasillah menu ini...Ia amat sesuai di jadikan menu makan berdamai untuk pengantin,di hiaskan dengan kreativiti masing - masing supaya lebih mengancam...Tapi yang pastinya masa time raya menu ini memang wajib ada , gerenti licin pinggan tu...hari2 biasa pun mesti buat "kalau tak mesti keluar ayat ni ,lamanya tak makan masak merah daun limau purut..Yo laa tu..hihi"...
ni masak pun tak sempat nak hias..masing2 dah tadah pinggan..hihi...ok lah jom kita layan resepinya...


Resepi Ayam Masak Merah Daun Limau Purut

Bahannya :
  • 1/2 kilo ayam ( dipotong & di goreng terlebih dahulu )
  • 3 biji bawang merah besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 8 tangkai cili kering ( nak pedas tambah lagi ) *
  • 2 batang serai * ( di potong2 )
  • 1 cm halia * ( di potong2 )
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan sos cili
  • sedikit gula merah
Caranya :
  1. Basuh ayam & tos kan & goreng.
  2. Kisar bahan yg bertanda * sampai lumat.
  3. Tumiskan sampai naik minyak.
  4. Masukkan garam , gula merah , sos cili & gaul sebati.
  5. Masukkan ayam & gaul sampai sekata & tutup api.
  6. Siap di hidangkan & boleh di hiaskan taburkan daun sup,daun limau purut.
SELAMAT MENCUBA...

DOORGIFT


TRIFLE
- bekas mini ada kek
- harga : RM 1.50

- bekas mini tanpa kek
- harga : RM 1.20
( minima oder 30 biji )



 

MUFFIN COKLAT CHIP


RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
(sumber : MyResepi )

BAHAN-BAHAN :
  • 1 1/4 TEPUNG GANDUM *
  • 1/4 SEBUK KOKO *
  • 1 SUDU TEH BAKING POWDER *
  • 1 SUDU TEH BIKARBONAT * (GUNA 1/2 SAJA)
  • 1 SUDU TEH ESEN VANILA *
  • 1 CAWAN GULA KASTOR (GUNA 3/4 SAJA)
  • 1 BIJI TELUR
  • 1 CAWAN SUSU SEGAR
  • 1/3 CAWAN MINYAK MASAK
  • SEDIKIT  COKLAT CHIP
CARANYA :
  1. SEMUA BAHAN KERING * DIAYAK..
  2. TELUR,GULA.SUSU, & VANILA & MINYAK MASAK DI SATUKAN & DI KACAU RATA
  3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN YG DI AYAK TADI & KACAU SEBATI.
  4. MASUKKAN 3/4 ADUNAN MUFFIN DALAM PAPERCUP YG DI ALASKAN TRAY MUFFIN.
  5. TABURKAN COKLAT CHIP DI ATASNYA..
  6. BAKAR SUHU 180" - 15 MINIT @ SEHINNGGA MASAK.

ROTI MIXCOCO

Roti...roti..roti mixcoco...ada macam yg jual kat kedai tak...tgk kawan - kawan buat roti,aku pun nak buatlah..hihi..sebelum buat ,bagi pilihan kat anak - anak,nak roti yang mana..diaorg terus berkata "nak roti Mixcoco"....ok siap..aku menguli roti ini pada malam hari..esok boleh buat sarapan untuk anak - anak ke sekolah..ok jom kita layan resepi Roti Mixcoco ini..sesiapa yang berkenan..trylah ya..


RESEPI ROTI MIXCOCO

Bahan - bahannya :
  • 200 gm tepung roti @ tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis (mauripan)
  • 1 1/2 sudu teh butter ( cairkan dahulu)
  • 1/2 sudu teh bread improver (pemantap roti / x de x pe )
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur (pukul dgn garfu)
  • 45 ml susu segar
  • 55 ml air suam
  • Sedkit kaya di jadikan inti ( ikut suka )
Caranya :
  1. Masukkan air suam & gula dalam mangkuk...gaul sampai hancur & masukkan yis & tutup dgn piring,biar ia kembang & berbuih.
  2. Satukan bahan - bahan kering dalam mangkuk ..& masukkan susu segar,telur, butter cair & air yis tadi,uli sampai berkilat,kalau melekat di tangan..tambahkan sedikit tepung & uli.
  3. Bila dah siap timbang 40gm & leperkan & masukkan inti..susun di atas dulung,kasi jarakkan ya..biarkan 45 minit /kembang.
  4.  Bila nak bakar paipkan mixcoco atas roti.
  5. Bakar 150' - 15 minit (keluar dari oven sapukan sedikit butter / bagi kilat jer)
Bahan untuk topping :
  • 50 gm butter
  • 45 gm gula kastor
  • 50 gm tepung gandum *
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko *( ayak bersama )
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Caranya :
  1. Pukul butter & gula sampai kembang
  2. Masukkan telur , esen vanila pukul sekejap & masukkan tepung / serbuk koko.
  3. Masukkan topping dalam piping beg & paipkan atas roti
Susun dalam dulang,jarakkan..& biarkan roti kembang....

Paipkan topping di atas roti sebelum di masukkan dalam oven..

Taraaaaaaa..ni hasilnya..berputar2 topping...jgn terlebih putar udahlah..nanti pening bila makan..hihi

Anak - anakku sedang menikmatai Roti Mixcoco sebelum ke sekolah..termasuk yang ci Aidil tu...( jgn pandang bantal busuknya di atas meja..sila abaikan..hihi )
( sebelum makan aku panaskan dalam 8 minit...sbb buat malam)


Doorgift
HOMEMADE CHOCOLATE

( 35 pcs - RM 38.00 )
( 16 pcs - RM 20.00 )

 ( SET B - RM5.00 - 6 pcs )

( SET C - RM2.20 - 2 pcs )
( SET D - 3 pcs dalam kotak )
- RM 4.00

( SET E - 1 pcs dalam bekas mini )
- RM 1.00

( 15 pcs - siap coklat & hiasan )
- RM 32.00
( Harga di atas adalah harga asas , harga sebenar bergantung pada hiasan )