Terbaru...

KEK COKLAT MOIST
Harga : RM 12.00
Berat : 480 gm

KEK KRIM OREN
Harga : RM 34.00
Berat : 1 kg

TRIFLE MINI
- Bekas mini ada kek
- Harga : RM 1.50

- Bekas mini tanpa kek
- Harga : RM 1.20
( minima order 30 bekas )

BROWNIES
Harga : RM 35.00
Berat : 1 kg

  
KEK KAREMEL PANDAN
Harga : RM 35
Berat : 1 kg
KEK OREN LAPIS AGAR-AGAR & FRUIT FLAN KEK
Harga : RM 36.00
Berat : 1 kg

LIHGT CHEESE STAWBERY
Harga : RM 30
Berat : 600 gm

PUDING KOTEL BERKUAH


 
KEK KAREMEL
Harga : RM 35.00
Berat : 1 kg

MUFFIN BLUEBERRY
Harga : RM 0.80
Minima order : 25 biji - RM 20.00
 
KULIT TART
Harga : RM 13.00
Kuantiti : 50 biji
(oder mesti dibuat 5 hari awal..resepi utk filing tart telur & cheese tart boleh tgk resepi dlm blog saya)

  
TART BUAH 
Harga : RM 0.60
Minima order : 50 biji - RM 30

TART TELUR
Harga : RM 0.40
Minima order : 50 biji - RM 20.00

Mari lihat...

  
KEK KAREMEL PANDAN KASIH
Saja buat kelainan & aku ni suka memcuba sesuatu..so terjadi lah kek karemel pandan kasih..nama pun sedapkan (tq kak munira yg suggest nama indah utk kek ini )..mmg x terkatalah nikmat kek ini,lagi2 bila mkn time sejuk (baru kuar peti ) mehlah pekena sebijik kek karemel pandan kasih ini..yg pasti ia x kan menghampakan...


KEK KAREMEL PENGANTIN


KEK KAREMEL
Wah!ini lah kek yang paling besar aku buat atas permintaan Makcik ton "buat 2 kilo leh x"....cabaran yg patut aku sahut..hehe...berdebar jugak masa nk mixer kek ini....lagi2 di fikirkan masa nk terbalikkan kek ini...dab,dib,dug....alhmdullillah,allah permudahkan segalanya...kek nya cantik molek jer..syukur2.segalanya telah selesai..harap Makcik Ton & sekeluarga suka dengan hasil tgn ku yg tak seberapa ini...TQVM semuanya



KEK KAREMEL 

    
Di atas permintaan teman2..di sini saya terang secara kasar macamana terjadinya kek keramel.Harap semua faham ya..kalau x faham buat2lah faham....
  • Setelah abis jer mixer..bagi bahagi 3 adunan..ikutlah suka ati..nk bubuh wana aper.
  • Tuangkan saja karemel atas gula hangus & msukkan 2 sudu mkn adunan kek kedalam karemel...jgn takut,ia x kan bercampur..hanya adunan kek terapung2..kesana ke mari..alah2 getik (hehehe)
  • buat lapisan seterusnya sampai selesai.....
  • Untuk bagi kek gempak sikit..nk bagi corak ala2 spider..ambil lidi & lorekkan atas kek saja ..pastu tarik pelan2.
  • masuklah oven..letak loyang kek karemel dlm dulang yg berisi air panas..
  • taraaaaa..ini lah hasilnyaaa..jemputlah makan yaa...

Petua Dapur

PETUA MENYIMPAN BAKI TELUR
-Setiap kali membuat kek mungkin ada tertelur yg berbaki.
  Iaitu campurkan sedikit gula dan gaul rata,kemudian masukkan dalam
  Bekas.simpan dalam peti  ais.Jika hendak di gunakan keluarkan.

KARIPAP RANGUP
-Ingin karipap rangup sampai  ke malam.Panaskan minyak masak bersama
Marjerin hingga mendidih.Masukan  dalam tepung dan sebatikan.

NASI LEMAK LEBIH SEDAP
-sewaktu anda masak nasi lemak bersama santan,masukan sedikit gula
 Dan marjerin.Hasilnya nasi lemak akan lebih sedap dan lembut.

PATI SANTAN BANYAK
-Kisar kelapa parut menggunakan blender bersama air  kemudian tapis
Dan perah.Ulangi 2 kali.

KULIT UDANG SENANG DI KOPEK
-Campurkan sedikit garam dalam mangkuk air dan rendamkan udang
Selama 15 minit.kemudian bilas dengan air asam jawa.

AGAR-AGAR MENJADI JERNIH
-Campurkan beberapa ketul gula batu dalam agar-agar yg sedang di rebus.

HILANGKAN BAU HAMIS DI TANGAN
-Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan selama 5 minit

Garam hilangkan keladak
-Ambil sedikit garam kasar @ beras masukan ke dalam botol susu anak @ botol
Minuman.Kemudian goncangkan sehingga kesan keladak hilang.

IKAN KERING RANGGUP & WANGI
-Basuh ikan kering hingga bersih.Kemudian gaulkan dengan tepung gandum.
  Lihatlah hasilnya..

KACANG PANJANG TAHAN LAMA
-Rendamkan kacang panjang dalam air kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
  Insya-Allah kacang panjang akan segar sentiasa.

Aktiviti Sampingan

Tarikh  : 31.10.2010
Hari       : Ahad
Masa     : 2.30 petang
Aktiviti : Belajar Membuat Kek Karemel

       
  • Ini merupakan 1st student aku yang beriya-iya nak belajaq ilmu membuat kek. Hehehe.. (Takdelah...)
  • Nama adik ni Liyana, Pernah berjiran dengannya sebelum ini di Taman Mentiga Jaya. Liyana ni tengah cuti semester, jadi dia pun ambik kesempatan nak belajaq buat kek & angan2nya nak baut surprise untuk emaknya yang kebetulan birthday maknya.
  • Orangnya pemalu. tengok sambil buat kerja dari mula tak lepas dengan dek senyuman. (Gitulah orangnya sejak aku berjiran dengannya 10tahun yang lalu...)
  • Jrreeenggg... adunan dah siap,  tang bergambar Najwa dijemput (konon2nya dia pun buat sekali..hehehe)
  • Sementara menunggu kek dalam oven, aku dera sikit Liyana dengan menyusun kotak kek dengan dibantu pragawati (sapa lagi...Najwa lah)
  • Kek da siap... tang deko, aku pun enjutlah apa yang terlintas... tapi ucapan untuk emaknya jangan lupa diletak.
  • Semoga Liyana dapat bukak kedai kek senang Cik Diah nak tumpang letak kek ya. Heheheh....


Tarikh  : 06.10.2010
Hari       : Rabu
Aktiviti : Membuat Karipap Segera / Fronze Food
     
  • Sementara tiada tempahan kek, aku juga membuat karipap segera. Ini merupakan antara aktiviti sampingan aku. Sebelum ni aku banyak tertumpu kepada membuat makanan fronze ni, tetapi sejak aku mengenali kakak2, kawan2 yang banyak memberi tips tentang bakery.
  • Biasanya kalau dah siap pack barulah aku maklum kepada jiran2 dulu. Bukan apa, kalu maklum awal aku kena buat ikut tempahan lak. Sekurang2nya aku boleh budget berapa kuantiti pack yang tinggal.
  • Aku cuma buat karipap daging & karipap ayam sahaja. Dalam 1 bungkus ada 10 biji. Harga 1 bungkus cuma RM3 sahaja.
  • Sekurang2nya ada gak aktiviti yang nak dibuat disamping makan2 petang suami balik kerja.