MUFFIN PANDAN MUDAH

Ni kes terlampau rajin...kasi putar muffin 2,3 jenis..hihi..bukan aper , saudara dari kuantan datang ke rumah..dan minta pulak permintaan nak belajar muffin , hai mengenangkan sedara lah aku pun onn..hehe..bahan2 semua kak Lah yg bawa..dia pun suruh perabihkan (senang tapaw bawa balik ..hihihi ) , tu yg buat 2,3 jenis..nak  ambil gambar masa membuat muffin pun kak Lah tak bagi..malu katanya...x pe lah korang layan jer resepi & gambar muffin seketul 2 ni ya...Muffin pandan ni tersangat lah mudah nak buat tak payah pakai mixer...percaya tak..hihi


RESEPI MUFFIN PANDAN MUDAH
( sumber :Puan Rohaya Abd.Rahman..tq kak)

Bahannya :
  • 240 gm tepung gandum (saya guna 220gm )
  • 140 gm minyak masak
  • 150 gm susu segar
  • 110 gm gula pasir (saya guna 100gm )
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh paste pandan /nak gelap tambah pewarna hijau
  • 2 biji telur
  • sedikit badam 
Caranya :
  1. Satukan minyak,susu segar,paste pandan,gula hanya pakai whisk kacau bagi gula hancur & masukkan telur & kacau sebati.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Tuangkan adunan minyak dalam tepung & kacau hingga tak berketul & sebati..
  4. masukkan dalam cup 3/4 penuh & taburkan badam @ ikut suka nak bubuh apa..
  5. Bakar 20 minit suhu 180" @ ikut oven masing - masing.

SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan: