Cheese Cake Blueberry

Selamat pagi semua..hari ini cuaca ala2 mendung je,muram gitu..harap ia tak membantutkan semangat kawan2 & aku , untuk meneruskan aktiviti hari ini...banyak tugasan yg menunggu kan2..ok lah , tak nak membebel byk2..ni lagi 1 post yang tertunggak , byk lagi tau...simpan banyak2 baru N3 kat sini...x pe kan,asalkan aku dapat share gan semua..


Jangan tergoda tengok filling Blueberry yang meleleh tu ya..sabo2..
filling blueberry & hiasan leh di pelbagaikan mengikut cita rasa masing2..tapi kek ni kalau di makan begitu saja pun dah enak bangat..


Bab2 nak deko kek pastu N3 kat sini memang aku fail...redah je lah,biar deko hodoh , janji kek sodapppp..hihi..tapi kalau deko kek custemor kena deko cantik2...
Jom layan resepinya...


CHEESE CAKE BLUEBERRY
(SUMBER:saya perolehi dalam buku resepi terbitan Alaf 21)

Bahan A :
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm mentega
  • 6 biji telur kuning
  • 100 ml susu segar ( kalau x de saya guna susu cair )
  • 1 sudu teh paste lemon ( saya guna esen vanila )
  • 60 gm tepung kek
  • 20 gm tepung jagung
Bahan B :
  • 140 gm gula halus ( saya bubuh 120 gm )
  • 6 biji telur putih
  • 1/4 sudu teh krim of tar2
Caranya :
  1. Cairkan krim keju , mentega & susu segar dalam periuk / masak secara double boiler...biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B menjadi merique sampai bertanduk..ketepikan.
  3. Pukul telur kuning sampai berkrim & bubuh esen vanila @ paste lemon..
  4. Masukkan tepung dalam adunan kuning telur berselang - seli dengan krim keju tadi...
  5. Kemudian Campurkan bahagian B & sebatikan...
  6. Tuang dalam loyang yg di griskan..
  7. Bakar secara double boiler..
  8. 20 minit -  170" seterusnya 40 minit - 140"
  9. setelah masak hias lah mengikut kreativiti masing2..
*****************************************************************

Tiada ulasan: