Puding Buih

Assalamualaikum kawan2 yg ku sayangi..lama rasanya aku tak letak resepi2 maut kat sini...al-maklumlah suri rumah,byk bebenar keja yang di lakukan...tapi bila ada masa terluang cikit , apalagi tidooooo lah..hikhik..ni pun curi2 masa N3 kat sini , coz nak masukkan resepi2 & kek2 tempahan...oklah tak mo lah bebel panjang2..
jom teman2 layan Puding Buih yang saya buat & cilok resepi dari Kak Hanieliza tapi puding buih yang kak hanieliza buat cantik sangat , padanlah dengan namanya Puding Lapis Buih , tapi bila aku buat aku mederhaka jadi 1 warna je , ni kes nak cepat siap & tak sabo nak tgk hasilnya....
Sekali tengok macam agar2 santan , buih yg saya buat kurang tinggi..tapi kalau " rasa " puding buih ni memang sedapppp!!!!! lagi2 bila kita sejukkan dalam fridge..& mengikut resepi kak hanieliza puding buih ni makan bersama sos kastard .. tapi aku tak buat pun , sbb makan begitu saja pun dah terangkat..sesiapa nak try , resepi kat bawah ni ya...

PUDING LAPIS BUIH
(sumber : Kak Hanieliza)

Bahannya :

4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
pewarna [ikut pilihan sendiri]
loyang 4 segi 8 x 8 inci


Cara

  1. Putih telur dipukul sehingga menjadi gebu. [kiranya kalau diterbalikkan tidak akan jatuh]
  2. Bahagikan putih dibahagikan 4 bahagian
  3. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
  4. Ambil agar-agar 1 cawan dan campurkan dengan 1 bahagian putih telurdan warna.
  5. Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.
  6. Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.
  7. Ulang semula proses [4] - [6] dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi.
  8. Ulang semua proses melapis sehingga semua bahan habis.
  9. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
NOTA

  1. Oleh kerana masa kak liza belajar puding ini tidak gunakan susu cair dalam adunan, so kak liza rasa lebih sedap dihidangkan dengan sos kastad dan fruit koktel..
SOS KASTAD

Bahan :

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air fruit koktel
  • 3 s/b tepung kastad

 Cara :

1. Gaulkan semua bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

3. Hidangkan dengan fruit koktel sebagai hiasan.

*************************************************

Tiada ulasan: