Petua Dapur

PETUA MENYIMPAN BAKI TELUR
-Setiap kali membuat kek mungkin ada tertelur yg berbaki.
  Iaitu campurkan sedikit gula dan gaul rata,kemudian masukkan dalam
  Bekas.simpan dalam peti  ais.Jika hendak di gunakan keluarkan.

KARIPAP RANGUP
-Ingin karipap rangup sampai  ke malam.Panaskan minyak masak bersama
Marjerin hingga mendidih.Masukan  dalam tepung dan sebatikan.

NASI LEMAK LEBIH SEDAP
-sewaktu anda masak nasi lemak bersama santan,masukan sedikit gula
 Dan marjerin.Hasilnya nasi lemak akan lebih sedap dan lembut.

PATI SANTAN BANYAK
-Kisar kelapa parut menggunakan blender bersama air  kemudian tapis
Dan perah.Ulangi 2 kali.

KULIT UDANG SENANG DI KOPEK
-Campurkan sedikit garam dalam mangkuk air dan rendamkan udang
Selama 15 minit.kemudian bilas dengan air asam jawa.

AGAR-AGAR MENJADI JERNIH
-Campurkan beberapa ketul gula batu dalam agar-agar yg sedang di rebus.

HILANGKAN BAU HAMIS DI TANGAN
-Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan selama 5 minit

Garam hilangkan keladak
-Ambil sedikit garam kasar @ beras masukan ke dalam botol susu anak @ botol
Minuman.Kemudian goncangkan sehingga kesan keladak hilang.

IKAN KERING RANGGUP & WANGI
-Basuh ikan kering hingga bersih.Kemudian gaulkan dengan tepung gandum.
  Lihatlah hasilnya..

KACANG PANJANG TAHAN LAMA
-Rendamkan kacang panjang dalam air kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
  Insya-Allah kacang panjang akan segar sentiasa.

Tiada ulasan: