Aktiviti Sampingan

Tarikh  : 31.10.2010
Hari       : Ahad
Masa     : 2.30 petang
Aktiviti : Belajar Membuat Kek Karemel

       
  • Ini merupakan 1st student aku yang beriya-iya nak belajaq ilmu membuat kek. Hehehe.. (Takdelah...)
  • Nama adik ni Liyana, Pernah berjiran dengannya sebelum ini di Taman Mentiga Jaya. Liyana ni tengah cuti semester, jadi dia pun ambik kesempatan nak belajaq buat kek & angan2nya nak baut surprise untuk emaknya yang kebetulan birthday maknya.
  • Orangnya pemalu. tengok sambil buat kerja dari mula tak lepas dengan dek senyuman. (Gitulah orangnya sejak aku berjiran dengannya 10tahun yang lalu...)
  • Jrreeenggg... adunan dah siap,  tang bergambar Najwa dijemput (konon2nya dia pun buat sekali..hehehe)
  • Sementara menunggu kek dalam oven, aku dera sikit Liyana dengan menyusun kotak kek dengan dibantu pragawati (sapa lagi...Najwa lah)
  • Kek da siap... tang deko, aku pun enjutlah apa yang terlintas... tapi ucapan untuk emaknya jangan lupa diletak.
  • Semoga Liyana dapat bukak kedai kek senang Cik Diah nak tumpang letak kek ya. Heheheh....


Tarikh  : 06.10.2010
Hari       : Rabu
Aktiviti : Membuat Karipap Segera / Fronze Food
     
  • Sementara tiada tempahan kek, aku juga membuat karipap segera. Ini merupakan antara aktiviti sampingan aku. Sebelum ni aku banyak tertumpu kepada membuat makanan fronze ni, tetapi sejak aku mengenali kakak2, kawan2 yang banyak memberi tips tentang bakery.
  • Biasanya kalau dah siap pack barulah aku maklum kepada jiran2 dulu. Bukan apa, kalu maklum awal aku kena buat ikut tempahan lak. Sekurang2nya aku boleh budget berapa kuantiti pack yang tinggal.
  • Aku cuma buat karipap daging & karipap ayam sahaja. Dalam 1 bungkus ada 10 biji. Harga 1 bungkus cuma RM3 sahaja.
  • Sekurang2nya ada gak aktiviti yang nak dibuat disamping makan2 petang suami balik kerja.

Tiada ulasan: