Puding Lapis Coklat

Bahan A:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
   (buat gula hangus)

Bahan B:
4 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air putih
5 sudu besar gula (nak manis tambah lagi)
1 sudu esen vanila
2 sudu besar tepung kastad

Bahan C:
2 sudu serbuk koko
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh coklat emulco

Caranya:
1-blender telur sampai kembang..
2-Masukkan semua bahan B dan blender lagi sampai berbuih..
3-Tapiskan & bahagi 2 bahagian..
4-1 bahagian kosong & 1 bahagian (coklat) di tambah bahan C & sebatikan pakai whisk..
5-boleh tuang gula hangus pada acuan kegemaran anda..& masukkan gula hangus.
6-Kukuslah selapis (5-8 minit ) & berselang seli sampai habis..
    (sekiranya atas lapisan yg dikukus berair,lap terlebih dahulu dgn kain bersih)
7-Sejukkan puding sebelum di hidangkan..& terbalik kan puding ke dalam pinggan.
8-Masukkan dalam peti sejuk & dimakan terus..

Nota :Panaskan periuk kukusan sampai mendidih dengan air yg banyak...Sekiranya anda ingin mencuba resepi ini pakai loyang 7"...kalau pakai loyang senang puding ni nak keluar..bila saya pakai acuan ini,susah sikit pudingnya nak keluar,kena sisipkan dengan lidi..hihi...
          
  
SELAMAT MENCUBA....


Inilah hasilnya..siap sedia di hidangkan...

*****************************************************************
**************
                                                             

Tiada ulasan: