Jeli pisang



RESEPI JELI PISANG

Bahan - bahannya :
  • 80 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 3 biji pisang ( dihiris nipis )
  • 1 susu besar serbuk agar - agar
  • Pewarna hijau , oren ,coklat
  • sedikit susu pekat
Caranya :
  • Masak serbuk agar -agar bersama gula & air,biar ia mendidih..tutup api.
  • Sukat 150 ml masukkan dalam mangkuk & bubuh warna hijau tambah 1/2 teh susu pekat.
  • Susun pisang di bawah loyang 6" segiempat..& tuangkan adunan warna hijau tadi.masukkan peti.
  • Tuang agar -agar yg lebih 150 ml..masukkan dalam mangkuk & bubuh warna coklat & tambah 1/2 sudu teh susu pekat..
  • Keluarkan jeli tadi & lorekkan dengan garpu supaya jeli tadi melekat sesama yg lain..
  • Masukkan jeli coklat & masukkan dalam peti..
  • keluarkan dari peti & lorekkan pakai garfu.
  • jeli yang lebih tadi,masukkan perwarna oren di tambah dengan 1/2 cawan susu pekat..
  • Terus tuang dalam loyang & sejukkan..
  • Dalam 1 jam boleh keluarkan..bila hendah di hidangkan adunan pisang hendaklah di atas...
SELAMAT MENCUBA...

2 ulasan:

Nieza berkata...

sedapnya....menarik lak colour tu..:)

Badariah berkata...

tq nieza...tapi kalau nieza yang buat lagi cantik,secantik tuannya..:D