Allahamdullilah,berjaya juga aku membuat kek dengan resepi sendiri... byk lagi kelemahan yang perlu aku perbaiki , untuk mencipta resepi akan datang yg lebih power...tak sabo rasanya nak share dengan kawan2 resepi ini..sesiapa yang berminat silalah cuba,nanti beritahu hasilnya ya.....sebelum ni aku ada cuba buat juga & gambar di bawah ini adalah cubaan yang pertama..

ni hasil yg pertama.
...
Cubaan yang 2

ok mari kita layan resepinya..sebelum ni aku dah tempek kat sini...x pe arini aku free,so copy jer...hihi..& aku selitkan gambar cara-cara nak menbuat kek istimewa ini..

KEK LAPIS MASAM MANIS

Bahan - bahannya :
1 1/2 cawan buttet @ majerin daisy

3/4 cawan gula
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellet
3 sudu susu pekat
1 sudu teh esen vanila
hawflakes secukupnya
sedikit pewarna merah , hijau ,kuning...ikut suka ya
sedikit paste mengikut warna ( tak letak pun tak apa )


Caranya :


  1.  Pukul gula & butter sampai kembang ...
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul bagi sebati.
  3. Masukkan ovellet , esen vanila , susu pekat pukul bagi rata & sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung yg di ayak bersama baking powder & gaul rata.
  5. bahagikan kepada 3 bahagian & bubuh warna pink,kuning,hijau & letak paste disetiap adunan...masukkan adunan dalam piping beg @ cari jer plastik bersih potong di bahagian muncung nya..@ pakai senduk pun boleh.
  6. Masukkan adunan pertama (pink) picitkan pelan2 supaya lapisannya nipis & susun hawflakes atasnya...pelan2 ya & jgn di tekan kuat ya...susun sampai tutup permukaannya & masukkan adunan (kuning) susun hawflakes di atasnya... buatlah cara & kaedah yg sama sampai adunan habis
  7. Bakar 40 minit - 180' api bawah & 20 minit seterusnya api atas & bawah. @ mengikut oven masing.


-Putar majerin & gula hingga kembang
-Kemudian masukkan telur satu per satu


-Setelah telur sebati masukkan ovellet & esen vanila & susu pekat & putar sekejap
-kemudian masukkan tepung & sebatikan


- bahagikan kepada 2 bahagian & tambah warna & paste
- masukkan dalam piping beg & grisskan loyang


- Potong hujung piping beg,jgn besar2 & buat lapisan yg pertama
- Susun hawflakes atasnya sampai habis & buat langkah seterusnya sampai habis


- Setelah semuanya selesai..hentakkan adunan 2 kali
- boleh di bakar..
SELAMAT MENCUBA
   ....





                                                                      

2 ulasan:

(",) Mdm Comey (,") berkata...

akak...sy dh try buat kek ni dh.x menjadi la plak lapisannya..maybe buat dlm kelam kabut kot but the taste mmg sedap. insyaallah nk buat lagi..tima kasih ya akak.

Badariah berkata...

hai comey :)....
alhmdllh,comey dah buat ya..
lapisan x jadi,mgkin adunan cair kot...x pe,nanti ada masa comey try lagi ya...buat pelan2..sama comey..