PIZZA HUT SOSEJ AYAM

Arini buat pizza atas permintaan anak - anak.."biler mak nak buat PIZZA HUT.."demi anak aku gagahi diri ini..lagi pun arini free..maknya pun lama sudah tak makan pizza..hihi..tgk barang pun semua cukup..alhamdulillah,lagi semangat lah nak membuatnya...jom mari kita lihat apa bahannya.....


Doh pizza yg dah mengembang & boleh bubuh sos nya...


Bakar 20 minit-180" & keluarkan & taburkan cheese & sapukan sedikit butter diatas doh supaya berkilat...Bakar semula dalam 8 minit..


Taraaaaaaa..nilah hasilnyaaaaaa..yummy2


Ada macam PIZZA HUT tak...Terliur ker...hihi
Kalau terasa nk buat..di sini ada resepinya...cubalah.

Bahan A :
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung (amik anak punya,ok jer )
1/2 sudu teh bread improver ( pemantap roti )
1 sudu besar butter

Bahan B:
1 1/2 cawan air suam
1 sudu teh gula
1 1/2 sudu besar yis mauripan
- Campurkan gula dalam air suam panas,kacau sampai gula hancur & masukkan yis,gaulkan & biar ia mengembang & berbuih.

Caranya :
1. Campurkan tepung , susu tepung , garam & butter & telur gaul menjadi seakan serbuk roti.
2.Kemudian masukkan air yg dicampur yis tadi dalam tepung..masukkan sedikit demi sedikit  uli sehingga jadi doh yg lembut (biarkan 40 minit  & tutup doh gan kain lembab.)  
3.Setelah kembang tumbuk doh tadi utk menghilangkan angin.
4.Kemudian uli semula & canaikan doh & masukkan dalam acuan pizza.
5.Tunggu doh naik dalam 10 minit & bakar bersama sos nya 20 minit - 180"
6.Keluarkan pizza & Taburkan cheese Kraff @ keju Mozarella & sapukan butter atas doh supaya berkilat...
7.Masukkan semula dalam oven & bakar sampai keju cair.

Bahan Sos :
1 cawan daging
2 batang sosej
   sedikit isi ayam
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
     sedikit sayur campuran &
     sedikit garam & gula

Caranya :
1-Racikkan bawang merah & bawang putih & tumis .
2-Masukkan daging & isi ayam & sos cili & sos tomato & gula,garam..kacau hingga sebati & masak. ( 8 minit & kalau boleh tapiskan sosnya kerana sos ni berair )
3-Boleh bubuh atas pizza & letak sosej & sayur campuran..masak dalam 20 minit & keluarkan pizza utk taburkan cheese..bakar dalam 8 minit..

SELAMAT MENCUBA.





Tiada ulasan: