CHEESECAKE MOUSSE BLUEBERRY

Bagi menunaikan permintaan teman-teman , maaf ya baru kesempatan N3 kat sini...kerana kebuzian yg melampau yg tak berkesudahan,hihi..hati ini memang tak sabo nak letak resepi kek istemewa ini nak share dengan kawan2 ,kek ini ku buat sempena anniversary ,lama dah nak buatnya & berbulan2 mengkaji..hihi..alhamdullillah,terlaksana juga akhirnya... pada yang tak berminat , jemput jamu mata je lah ya..

Kek ini ku hiaskan dengan buah stawberry yg terlebih sudah,saja dok bubuh banyak2..selalu bubuh hoq custemor punya..sekarang bila buat sendiri punya kek..kasi meriah sikit dengan macam2 hiasan..dengan jem bleuberry & stawberry..ikutkan sepatutnya basic kek untk yg bawahnya adalah kek span..tapi biasa ler aku dok gatal menukarkan kepada Cheese cake..saja nak buat kelainan..harap kepada tuan resepi iaitu PUAN NORAINI ZAKARIA menghalalkan segalanya ya & di ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi berbagai resepi yang power-power...bagi yang 1st mencuba untuk membuat kek ini,memang ia merumitkan ..tapi insyaallah ia tak akan menghampakan anda..kek ini memang sedap gilerrrrr...tapi tak leh lah buat selalu ya..faham-faham jer lah...

Tengah dok bubuh jem kat atas kek ini..terfikir pulak nak letak nama sendiri..hihihi..semangat ni,terus amik fondant & gelek2 & terap...so terciptalah nama ku & suami..cantik x..

kek ini sedap di makan ketika sejuk ( keluar dari peti ais ) dan terus ngapp...yang anak - anak suka makan  Mousse blueberrynya...kata diaorg macam aiskrim gituuu...yang bahagian kek mak & ayahnya bantai makan..tapi sikit je lah..coz nak cepat gegas gi kenduri kahwin nak tumpang celebrate kat sana...haha..makan nasi minyak lagi.....

Tenung-tenungkan lah gambar kek ini..ambil semangat nak buatnya & apabila ada seru dah sampai,apalagi kasi putar lah ya...Jom kita layan resepi kek istimewa ni..

RESEPI CHEESE CAKE MOUSSE BLUEBERRY

Untuk chees cake:

bahan A :
  • 250 gm keju krim
  • 50 gm mentega
  • 80 gm gula kastor (saya guna 60gm)
  • 1 sudu teh jus lemon ( saya bubuh paste lemon )
  • 80 gm tepung kek
  • 5 biji telur kuning
  • 80 gm susu segar
bahan B :
  • 80 gm gula kastor
  • 5 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh krim of tar2
Caranya :
  1. Griskan loyang bulat 8" & lapik dengan kertas minyak.
  2. Bahan A :pukul krim keju , mentega & gula hingga kembang & masukkan kuning telur & gaul sebati.
  3. Masukkan tepung kek & susu berselang-seli hingga habis & gaul sebati.
  4. Bahan B :Dalam bekas lain putar putig telur , gula kastor & krim of tar2..pukul hingga kembang dlm 7 minit.
  5. Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan keju & gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang & bakar secara bain marie selama 1 jam suhu 160"
Untuk Inti Mousse blueberry :

Bahan A:
  • 150 gm blueberry
  • 140 gm yogurt perisa asli
  • 60 gm gula kastor ( saya bubuh 40 gm )
  • 1/2 sudu teh paste lemon
  • 50 gm air masak
Bahan B:
  • 20 gm gelatin halal
  • 50 gm air
Bahan C:
  • 250 gm krim putar (non-dairy whipping cream)
  • sedikit perwarna ungu
Cara membuatnya:
  1. Bahan B dicairkan secara double boiler..ketepikan
  2. Bahan A di panaskan hingga mendidih..masukkan dalam bahan B & tambah sedikit pewarna merah..angkat & sejukkan.
  3. Bahan C..di pukul hingga kembang & gebu..Masukkan dalam adunan tadi & kacau sebati.
  4. Cheese cake dipotong 2..masukkan dalam acuan sringform 8"...& tuang mousse blueberry & ratakan.
  5. simpan 5 jam dalam peti sejuk agar ia keras.
  6. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
NOTA:Untuk bahagian kek,asalnya kek span,saya saja mengubah,gunakan cheese cake..untuk menjimatkan masa..anda boleh gunakan kek span saja..senang & mudah...

Tiada ulasan: