KEK LAPIS KUKUS 7UP

Ni kes terlampau rajin..lepas2 kemas rumah ,penat masih ada ,tapi mata dok tertumpu mixer kat tepi meja seakan - akan memanggil suh pegang...x leh jadi ni..apa lagi berperang lah kat dapurlah pulak..ambil buku resepi dok belek2 mana kek yang paling mudah & bahan-bahannya senang di perolehi..haaaaaaaa!!!nak trylah KEK LAPIS KUKUS 7UP..

Memang betul aku rajin sangat...tgk tu , teman2 yg lain buat 3 lapis / 3 warna...aku buat tah bape warna daa..nasib jadi , kalau x jadi nyesal tak sudah..hihi

setelah kek ini masak , tunggu sampai sejuk tau..baru potong,jangan gopoh2 nak potong..kek ni memang lembut giler lah..gebusssss sangat..takut bila potong time panas..terburai...hihi

Bila potong terus masuk mulut...ya-allah sedapnyaaaaaaa...lembut tau..dah lah meh kita layan resepi kek ini ya..

RESEPI KEK LAPIS KUKUS 7UP
(sumber : http://chetambiz.blogspot.com/ )
(sumber : Zurinina - ResepiNet )

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 210 atau 220 gram gula ( saya bubuh 190 gm)
  • 150 g Tepung Cake (Bluekey)
  • 150 g Tepung Gandum ( Mcm cap sauh ke..)
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 180g - 7up/Sprite/Cream Soda. (takla..rase tapi sekadar menghaluskan texture dan lembutkan kek saja)
  • 2 sudu besar susu pekat

CARANYA :
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7up tadi.
3. Bahagikan adunan beberapa bahagian & bubuh warna kesukaannya...
4.Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus selama 7 minit..& lakukan cara seterusnya sampai habis lagi ..... Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit - 15 minit.


NOTA :
  1. Untuk elak air kukusan menitis atas permukaan kek...penutup kukusan di balut dengan kain bersih @ loyang di tutup dengan aluminium foil.
  2. Air kukusan hendak sederhana / ala- ala mendidih..mcmana lah tu ya..hihi
  3. Selamat mencuba..

********************************************************************************
*************************************************

3 ulasan:

AZLITA AZIZ berkata...

sedapnyer nampak kek ni... boleh cuba ni... menarik tertarik...

Badariah berkata...

salam ita...sedap x terkata tau kek ni & mudah jer nk buat..jomlah try..nanti bagi tau ya hasilnya..:D

fiefi berkata...

sedap memang sedap.. da bis makan baru teringat nak amik gambar.. nanti nak try wat lagi..