Petua Membakar Kek

  1. Pastikan ketuhar di panaskan 15 minit - 15 minit.
  2. Gunakan saiz tin yang betul - tidak terlalu kecil & tidak terlalu besar ( paras adunan kek mestilah tidak melebihi 3/4 paras loyang )
  3. Jika membakar kek , melebihi satu loyang..pastikan tidak di atur terlalu rapat untuk memberi peluang putaran haba yang serata.
  4. Jangan buka pintu oven dalam 30 minit pertama ketika kek sedang di bakar..jika di buka haba akan keluar & kek menjadi sedikit bantat.
Dibawah ini senarai panduan untuk memastikan kek yang telah masak :-
  • Kek span - bahagian tepi kek kelihatan agak mengecut dari loyang.
  • Kek mentega - permukaan kek tidak meninggal kesan apabila ditekan dengan jari.
  • Kek buah - setelah di uji lidi penyucuk kelihatan bersih
Menyimpan kek
- Jangka masa sebiji kek itu tahan disimpan bergantung kepada beberapa faktor..
  • Kek yang beraising tahan lama disimpan dalam peti sejuk.
  • Kek yang menggunakan lemak yg banyak pun tahan lama.
  • Kek buah pula elok di balut dengan kertas minyak @ wrap plastic ketika panas kerana ini boleh menambahkan kelembapan pada tekstur kek.

****************************************************************
*****************************

Tiada ulasan: