Petua membuat kek

Hai !!! kawan-kawan , apa khabar semua ? harap semua sihat ya..hari ini dok kemas majalah2 yg terbiar dalam almari..di temani pembantu setia,siapa lagi kalau ci Najwa @ kakak..tapi tolong selepahkannnn...hihi..sambil mengemas dok belek koleksi Petua yg terdapat dalam majalah tersebut....Banyak juga dapat hasilnya..dengan itu akan ku war2 kan di sini & berkongsi dengan anda semua & pada yg berminat.. mana tau sesiapa yg musykil tentang petua dapur & petua tentang membuat kek,carilah kat sini ya...harap ia dapat membantu anda....Segala petua - petua disini,diperolehi dari MAJALAH MINGGUAN WANITA , MAJALAH SERI DEWI & KELURGA..& di internet...

1. Mengenali bahan membuat kek.
( sumber : http://resipinoraini.blogspot.com/ )
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko,ovellet,esen vanila & sebagainya.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer (pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba.

3. Kaedah Asas
a : Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain.
b : Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

TIP PENTING :

(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja .
Nota : Ada sesetengah kek @ kuih menggunakan telur dari peti ais.


(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.


(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.


(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.
Nota : Serbuk penaik - Pastikan ia digunakan mengikut sukatan yg tercatat dalam resepi..kek yg mengandungi serbuk penaik yg berlebihan akan kelihatan naik tetapi akan mendap semula sebaik saja ia di keluarkan dari loyang.


(g) Minyak sayuran : sesuai untuk kek span . chiffon ,roti & biskut.


**********************************************************************
********************

2 ulasan:

Unknown berkata...

menarik..tq sharing yer kak..:)

Badariah berkata...

sama2 nieza..ada kesempatan,tu yg kak dok menaip...kita share sama2 ya..kak dok intai pic nieza tau,cantik payung tu..hihi