CREAM PUFF


(Sumber dari:Bro Rozzan..TQVM kerana sudi share resepi ini & di halalkan ya..& maaf byk2 saya ada tambah sendiri bahan2 tertentu...)

Bahan-bahannya:
170 gm tepung gandum
115 gm mentega
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
285 ml air
4 biji telur


Caranya:
1-Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius.
2-Ayak tepung & ketepikan
3-Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air & esen vanila biar mendidih & tutup api.
4-Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
5-gaulkan bagi sebati & sejukkan
6-Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.
7-Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
6-Bakar selama kira-kira 25-30 minit suhu 200” selebihnya 15 minit suhu 180”
9-Biarkan ia sejuk & gunting sedikit jangan sampai putus & isi kan inti.
NOTA:-Griskan Loyang supaya cream puff x melekat..

BAHAN INTI KASTAD:
500ml susu segar
80 gm tepung jagung
80 gm gula halus
1 sudu esen vanilla
2 biji telur


Caranya:
1-Campur semua bahan kecuali telur
2-masak dengan api yang sederhana …
3-bila mendidih ..cepat2 masukkan telur & gaul sebati…
4-bila dah sebati tutup api (jgn pekat..nnti keras & susah nak di paipkan melalui nozel)


SELAMAT MENCUBA.....


Tiada ulasan: